DIA BAPA SAYA, KAMI HANYA BERGURAU – SITI SARAH KESAL DITUDUH BIADAP

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Siti Sarah menjelaskan lelaki dalam video yang dimuat naik adalah bapanya sendiri, Raissuddin Hamzah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

GARA-GARA tidak membeli barang yang dijual seorang lelaki dalam sebuah video yang dimuat naik pada Rabu, penyanyi Siti Sarah menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, Sarah menjelaskan video berkenaan hanyalah sekadar gurauan, manakala lelaki tua itu ialah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah.

“Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.

“Nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadap sebab tak beli barang pakcik ini,” ujarnya di Instagram.

Sarah mengulas berkenaan video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu telah disalah anggap oleh netizen.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini dikatakan bersikap biadap kerana tidak membeli barang-barang yang dijual oleh lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Sarah menasihatkan agar netizen mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak meninggalkan komen negatif.

“Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian amin,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab komen salah seorang pengikutnya, Sarah berkata, dia berasa sedih dengan komen negatif netizen sehingga terfikir untuk menutup akaun tersebut.

VIDEO:

Sumber: Mstar via Rosesmediadaily

Sarah, Shuib tinggalkan anak demi kekasih

PENYANYI Siti Sarah dan suaminya, Shuib sanggup meninggalkan tiga orang anaknya demi ‘bertemu’ Allah SWT yang dianggap sebagai kekasih di tanah suci Makkah.
Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 34, berkata dia dan suaminya dari kumpulan Sepahtu itu akan menunaikan umrah pada 14 Mei ini selama 14 hari.

“Apabila Shuib beritahu anak-anak yang kami akan pergi meninggalkan mereka lama, memang terus menangis.
“Tapi saya jelaskan betul-betul barulah mereka faham. Demi nak bertemu dengan kekasih kami terpaksa juga meninggalkan mereka.

“Bagi saya, sayang pada Allah adalah yang pertama. Insya-Allah kami akan berangkat ke Makkah pada Isnin ini selama 14 hari,” kata Sarah kepada mStar Online.

Pasangan itu ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di Puchong, malam Jumaat.Tambah Sarah, dia dan Shuib tidak mahu membawa anak-anaknya kerana ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah suci Makkah sebagai suami isteri.

“Ini adalah kali pertama saya dan Shuib pergi ke Makkah sebagai pasangan suami isteri. Tapi kalau ikutkan ini kali kedua saya.
“Bukan sengaja tak nak bawa anak-anak tapi biar kami pergi dahulu, tengok keadaan macam mana.

“Sebab tak tahu lagi situasi di sana macam mana kalau bawa mereka. Kali ini saya akan pergi bersama Shuib dan Ustaz Halim,” ujarnya.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Dalam pada itu, pasangan ini tidak membuat persiapan dari segi barangan namun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.

“Memandangkan kami akan berada di sana pada bulan Ramadan, jadi kami hanya membuat persiapan dari segi mental dan fizikal.

“Kalau bab barangan itu tak ada persiapan sangat. Sebab Ustaz Halim beritahu saya jangan fikirkan sangat mengenai pakaian apa yang perlu dibawa.”Lengkapkan diri terlebih dahulu. Baju-baju boleh beli di sana sahaja,” kata Shuib.

Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *