Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kontroversi rumah tangga Intan Saleh, 33, dengan bekas suaminya, Ude Wahid cukup mengundang kemarahan netizen. Apatah lagi berlaku disebabkan hati berubah. Namun siapa sangka, walaupun Intan tidak lagi bersuami kini dia semakin popular dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.Terkini menerusi entri di laman Instragram miliknya, Intan meluahkan sedikit kata-kata buat ayahnya sempena Hari Bapa.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Ucapan Intan Saleh Buat Ayah
My hero?…Abah cakap biar orang buat kita jangan kita buat orang. Abah jenis pendiam. Kami adik beradik pun tak penah tahu apa isi hati abah. Abah tak banyak cakap. Tapi kami tahu apa abah rasa.Jahat buruk abah kami, nak cakap ape cakap la. Abah tetap pelindung kami walau tak tunjuk. Memang kami adik beradik penah cakap. Kami adik beradik semua perempuan. Kalau apa terjadi kami pulang ke tempat asal kami. Kami anak felda. Orang kampung. Abah cakap selagi ada daya abah jaga kami.Terima kasih abah. (adik rindu mak)SELAMAT HARI BAPA, SALEH B ABU.
Abah Kekuatan Buat Intan
Sebagai ibu tunggal, mungkin kadang emosinya berombak apabila melihat karenah anak-anak. Nak menjawab semua soalan ‘pelik’ anak-anak memang tak mudah. Namun ibu anak dua ini tetap kuat demi anak-anak malah dia dia bersyukur kerana masih mempunyai ayahnya di sisi.
“Adik sayang abah dunia akhirat. Nyawa adik. Abah cakap jangan risau abah ada.”
Raikan Syawal Bersama Anak-anak
Beginilah gayanya payah benar anak-anak nak bergambar. Tak ada yang sempurna.1st time beraya sebagai ibu tunggal. Moga terus kuat tabah dan penuh kesabaran layan aish dan dekmok. Aish cakap kat bonda:
“Bonda tak happykan aish..Bonda terus krik krikk.Adoii anak… Mane dapat ayat tu.”
Sungguh kuat hati seorang ibu, walau kadang jatuh terduduk namun semangatnya untuk besarkan anak-anak dengan mencari rezeki yang halal tak pernah putus. Sebelum ini, wanita yang semakin dikenali dengan sapaan Bonda Intan itu pada awal Mac lalu telah dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha.Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Mingguan Wanita