Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tidak pernah jangka drama lakonannya menerusi Nur diterima ramai sehingga mencetuskan fenomena tersendiri, Noorkhiriah mengakui rasa terharu atas pelawaan penulis skrip dan pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin untuk beraksi di dalam drama rantaian berkenaan.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Katanya kepada MH, pengarah berkenaan merupakan antara pengarah yang mampu cungkil bakatnya untuk keluar daripada kepompong selesa.
“Saya tak pernah jangka Nur akan dapat sambutan dan boleh jadi fenomena. Cumanya bila Shahrulezad tawar watak, saya tidak fikir apa-apa kerana sudah tentu saya mahu berlaku di bawah pengarahannya. Sebab boleh dikatakan jatuh bagun Noorkhiriah adalah di atas usahanya juga. “Malah saya memang Anugerah Skrin pun bersamanya. Bukan nak dikata produksi lain tidak membantu. Tetapi yang berani cungkil keluar bakat saya ialah dia,”jelasnya.
Terdahulu, Noorkhiriah ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon Nur dan peminat bertuah di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Berkongsi pandangannya mengenai sejauh mana keterujaan penonton didalam mengikuti siri drama ini, bintang tersebut mengakui kejayaan Nur juga adalah hasil daripada kerja berpaksukan.
“Drama ini pun boleh meletup kerana kerjasama semua. Sebuah drama yang orang tidak boleh jangka dan ia ditayangkan pula bersempena Ramadan tahun ini. Kiranya kejayaan ini adalah dengan izin Allah,” akui Noorkhiriah yang turut menambah, penampilannya kembali di kaca televisyen adalah signal dia mahu terus aktif berlakon.
Kongsinya, sebagai individu yang sudah lama bertapak dalam seni, bidang lakonan sudah pun menjadi suatu hal yang sinonim. Lebih penting, tiada lagi istilah merajuk.
“Ya, inilah signal saya kembali aktif. Kalau merajuk pun diam-diam sahajalah. Buat bodoh saja sebab bila dah lama dalam industri ni, ia sudah jadi darah daging. Rasa rindu untuk berlakon. Tiap kali tonton pelakon lain berlakon, rasa tersebut lain macam.“Lalu apabila diberi peluang dalam Nur, setidak-tidaknya ia boleh juga buka mata terhadap sisi lain segelintir wanita bertudung. Saya pun sudah sedia dengan kecaman sebab yang mereka kritik bukannya saya, tetapi watak Aisyah yang dibawakan.Dulu kalau lalu orang buat tak tahu sahaja. Tapi penangan ‘sup bunjut’ itu buatkan saya ingat memori 20 tahun lepas pula. Peminat tarik-tarik untuk bergambar,”selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Noorkhiriah belum lagi memutuskan untuk berlakon di dalam mana-mana drama selepas ini. Bagaimanapun, dia akan melakukan penampilan khas menerusi sebuah sitkom tidak lama lagi.
Foto: Instagram Noorkhiriah
Apa Kata Anda
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! HM
Sumber: Media Hiburan