Kalau Tak Nak Malu, Jaga Adab Bila Beraya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sebut pasal raya, bukan sahaja mak-mak yang teruja, tapi anak-anak pun sama seronoknya. Malah, bab-bab bawa anak gi berayalah seronoknya sebab dapat kumpul duit. Kadang-kadang ada anak-anak yang datang beraya hanya sekadar minum air sahaja, selebihnya tunggu untuk dapatkan duit raya.Tak kisahlah berapa yang ada di dalam sampul tu, yang penting tuan rumah ikhlas dananak-anak gembira. Sebut pasal gi beraya, tentu banyak agenda mak-mak nie.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Nak jumpa kawan sekolah la, jumpa saudara mara yang setahun sekali dapat berjumpa. Kiranya, aktiviti hari raya memang penuhlah setiap hari.Namun, dalam mak-mak dok sibuk berborak dengan sanak saudara dan kawan-kawan tu, jangan lupa, perhatikan anak-anak yang ada sama. Ada beberapa panduan tip dan adab-adab yang boleh mak gunakan bila pergi berhari raya nanti.

Adab Beraya

1. Jangan datang rumah saudara atau jiran awal sangat. Maklum la, orang masih lagi solat raya (kalau hari pertama Syawal). Hari lain pun sama, mana tau tuan rumah masih lagi dok sibuk berkemas sebab semalam dah sakan raya.

2. Pastikan anak-anak tak ambik duit raya samapi 3-4 kali. Jenuh la tuan rumah nak isi duit raya dalam sampul.

3. Jangan pula datang rumah orang pada tengah malam. Masa tu tuan rumah pun nak berehat. Entah-entah, tuan rumah dah siap pakai baju kelawar, tunggu masa nak masuk bilik untuk beradu je.

4. Jangan cakap baju tuan rumah sama dengan langsir. Bukan apa, itu sahaja yang mampu, kenalah berjimat cermat.

5. Jangan sibuk tanya orang bila nak kahwin terutamanya yang ditujukan pada yang bujang. Kalau yang dah kahwin, jangan sibuk nak tanya bila nak ada anak.

6. Jangan pandai-pandai nak tukar ‘channel’ televisyen rumah orang. Tengok ajelah apa yang dipasang oleh tuan rumah.

7. Jangan pakai baju sedondon ramai sangat, nanti orang ingat macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan nak terus masuk ke dapur rumah orang. Dah tentu-tentu bila musim raya nie dapur macam tongkang pecah.

9. Jangan biarkan anak-anak buka sampul duit raya depan tuan rumah. Nanti merah pula tuan rumah, kalu warna merah dalam sampul tu oklah jugak.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah orang?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit.

16. Jangan tinggal pampers anak dalam bilik air rumah orang. Ambik dan buang kat dalam tong sampah terus.

17. Jangan duduk lama sangat bila beraya rumah orang. Orang lain pun nak datang beraya jugak.

18. Jangan biarkan anak-anak tepuk cermin Aquarium rumah orang.

19. Jangan biarkan anak-anak panjat kerusi dan jangan nak usik barang yang ada dalam rumah orang.

20. Kepada menantu-menantu, jangan asyik tahu nak selfie sampai lupa nak tolong mak mertua… jenguk-jenguk kerja dapur dan bantu mana yang patut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *