[VIDEO] “Kesian Anak Yang Kena Tanggung! Tak Terasa Air Mata Menitis…” – Wajah Suram Anak Sulung Intan Liana Di Pagi Raya Bikin Netizen Hiba

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kemelut rumah tangga diantara pemuzik bebas, Ude Wahid dengan Intan Liana Saleh telah berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Jika sudah berlakunya penceraian sememangnya anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. Pasti merekalah yang akan merasa kekosongan jika diantara ibu atau ayah yang tiada menemani di sisi.

Terdahulu, dikhabarkan Ude telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 dan status perkahwinan tersebut di rahsiahkan dan Intan diceraikan dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Satu video pendek telah dimuat naik oleh Intan dilaman Instagramnya semasa raya pertama. Namun, perlakuan anak sulung Intan buat netizen di luar sana sayu apabila Arish Muqri tiba-tiba tertunduk sayu seumpama memahami bahawa ibunya telah bercerai.

VIDEO :

Video berdurai 33 saat itu telah menjadi perbualan netizen kerana merasa simpati dengan anak-anak Intan yang masih kecil dan belum faham erti sebenar penceraian.

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 219 ribu dan rata-rata netizen memberi komen berbaur kesedihan. Diharapkan Intan dan anak-anak kuat untuk menempuhi kehidupan mendatang.

Sebak pula tengok video ni…

Sedihnya…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *