Mek Korea suko rayo di Kelate.Untung mat khalid buleh bini korea

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

PENGALAMAN sebagai saudara baharu yang pertama kali menunaikan ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri sangat mengujakan buat wanita Korea Selatan, Lee Seul.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Lebih menarik, pengalaman itu dilalui Lee Seul, 29, di kampung halaman suami Muhamad Khalid Ismail, 30, di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu.

Malah, suaminya sanggup mengambil cuti untuk pulang awal ke Malaysia bagi memberi peluang kepada isterinya merasai pengalaman berpuasa dan beraya di sini.

Lee Seul atau lebih mesra dipanggil Anna berkata, dia sangat menyukai juadah sate dan ketupat palas yang dihidangkan pada sambutan Aidilfitri.

“Sangat seronok kerana ia mengingatkan saya kepada tradisi lama masyarakat Korea suatu masa dahulu yang menyambut sesuatu perayaan dengan cara berkumpul bersama sanak saudara. Namun kini, tradisi itu semakin dilupakan..

“Bagi Aidilfitri, banyak makanan disediakan dan saya paling suka makan sate kerana ia seperti makanan barbeku di Korea, yang berbeza hanyalah kuah kacang… tetapi sedap.

“Selain itu saya juga mencuba juadah lain seperti nasi dagang, ketupat palas, rendang serta bermacam lagi dan boleh dikatakan, saya cuba semua makanan di setiap rumah yang diziarahi,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Bongor, di sini semalam.

Anna yang manis mengenakan kurung moden dan berhijab berkata, dia sendiri yang memilih baju serta tudung raya yang dibeli ketika pulang seminggu sebelum Aidilfitri lalu.

“Tahun ini, saya menyediakan empat pasang baju raya dan dua helai tudung sempena hari raya,” katanya.

Bercerita mengenai pengalaman berpuasa, Anna berkata, ini adalah tahun kedua dia menunaikan ibadah Rukun Islam ketiga itu.

“Jika tahun lalu saya sedang cuba belajar untuk berpuasa dan hanya beberapa hari sahaja dapat puasa, namun tahun ini saya bersyukur kerana dapat berpuasa dengan lebih baik biarpun agak mencabar dengan keadaan cuaca panas di Malaysia.

“Saya sangat seronok pergi ke bazar Ramadan kerana dapat membeli pelbagai makanan yang saya tidak pernah makan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Khalid berkata, dia sengaja pulang bercuti ke tanah air lebih awal untuk memberi peluang kepada isterinya merasai sendiri pengalaman berpuasa dan menyambut hari raya di sini.

“Tahun lalu kami tidak pulang ke Malaysia dan sambutan hari raya ala kadar dan tidak meriah.

“Kali ini kami mengambil cuti agak panjang dan sejak hari raya pertama lagi kami sudah banyak berkunjung ke rumah saudara mara. Biarpun agak penat, tapi Anna kata dia gembira,” katanya yang akan pulang ke Korea Selatan pada 7 Julai nanti.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pemuda dari Kota Bharu itu berkahwin dengan wanita dari Korea Selatan di Masjid Pusat Seoul, 9 April 2017 sehingga menjadi tular di media sosial.

Khalid bekerja sebagai konsultan sambilan syarikat telekomunikasi di Seoul dan fasih berbahasa Korea juga pernah tular di media sosial apabila dia muncul di stesen televisyen Korea Selatan menerangkan keunikan Malaysia.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *