BERSIHKAN RAHIM SELEPAS HAID, AMALKAN MINUMAN INI, SEBULAN 2 KALI PUN DAH CUKUP!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.

Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.

Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini

? Membersihkan rahim selepas haid.

? Mengeluarkan angin dalam badan.

? Memecahkan lemak-lemak diperut.

? Mengurangkan masalah bau badan.

? Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.

Bagus Untuk Hindari Senggugut

Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.

Bahan-bahan

Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )

Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )

Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya

Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.

Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.

Nak Rawat Keputihan
Tambah sireh – 2 helai

Nak Merapatkan Miss V
Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?

Sebaiknya selepas bersih daripada haid.
Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *