Saintis Temui Bandar PURBA ISLAM Di Ethiopia. Ada SESUATU Yang Buat Mereka PENING

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Saintis baru-baru ini telah menemui Bandar Purba Islamyang berusia 1000 tahun di Ethiopia. Ketika kerja-kerja penggalian dibuat, mereka terjumpa sesuatu yang buat mereka pening kepala. Tak sangka. Subhanallah. Jom kita baca dan kongsikan.??

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Saintis Temui Bandar PURBA ISLAM Di Ethiopia. Ada “SESUATU” Yang Buat Mereka PENING | Khalifah Mail Online – Saintis baru-baru ini telah menemui Bandar Purba Islam yang berusia 1000 tahun. Ketika kerja-kerja penggalian dibuat, mereka terjumpa sesuatu yang buat mereka pening kepala. Jom kita baca.

PENEMUAN PENDUDUK TEMPATAN
Penduduk Harlaa, sebuah bandar kecil di timur Ethiopia, selalu mengesyaki terdapat “sesuatu” yang istimewa tentang bandar mereka. Bukan setakat mereka saja pening, saintis pun naik pening. Selama bertahun-tahun, para petani telah menjumpai duit syiling China, tembikar lama, dan batu-batu bangunan begitu besar sehingga penduduk tempatan mengatakan bahawa hanya gergasi yang dapat memindahkannya.

Kini penggalian arkeologi selama dua tahun oleh pasukan dari Universiti Exeter, Addis Ababa, dan Leuven di Belgium telah mengesahkan beberapa sangkaan penduduk.

PENGESAHAN SAINTIS
Para penyelidik telah menemui bukti sebuah bandar perdagangan purba yang hilang yang dikatakan berusia lebih 1000 tahun. Kewujudan bandar tersebut dipercayai berkait dengan Teluk, Mesir, dan India, serta bandar-bandar Islam di seluruh Afrika.

Pasukan arkeologi menjumpai sisa-sisa yang kelihatan seperti masjid pada abad ke-12, sama seperti yang terdapat di Tanzania dan Somaliland, perhiasan, serta tembikar dari China dan Maldives. Mereka juga menjumpai syiling Mesir dari abad ke-13.

“Penemuan ini mengubah pemahaman kita terhadap perdagangan dan arkeologi di bahagian Ethiopia yang selama ini terabai.

“Apa yang kami temui menunjukkan kawasan ini merupakan pusat perdagangan di rantau ini. Kota ini begitu kaya, menjadi pusat kosmopolitan untuk pembuatan perhiasan,” kata Timothy Insoll dari Institut Pengajian Arab dan Islam di University of Exeter.

Penyelidikan arkeologi kecil telah dilakukan di tapak-tapak Islam di negara ini. Penyelidik yang membuat penyelidikan di rantau ini biasanya memfokuskan mencari bukti tentang manusia awal.

Artifak akan disimpan dan dipamerkan di pusat warisan tempatan di Harlaa. Ahli arkeologi merancang satu lagi penggalian besar pada tahun depan, memfokuskan penggalian mereka lebih jauh di bawah tanah dan ke tapak dalam jarak 100 kilometer (kira-kira 60 batu).

Sumber : Laicikang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *