MASA SOLAT JUMAAT SEBELAH BANGLA BURUH BINAAN MASA TABUNG MASJID DIEDARKAN AKU TGK BANGLA TU

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Setiap hari jumaat aku selalu solat di sebuah masjid india. Suatu jumaat, berlakulah satu peristiwa yg aku tak jangkakan. Dalam saf itu, aku solat bersebelahan seorang bangla, nampak macam buruh binaan. Setelah usai solat dan doa, tabung masjid pun diedarkan, aku tengok bangla tu pegang tabung masjid dan….

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

Assalammualaikum wbt..aku pernah mendengar bahawa sedekah ketika kita sendiri sangat memerlukannya adalah sedekah yang terbaik..tapi, sehingga kini, aku masih tidak mampu melakukannya.. Kisah ini aku titip kerana ia telah mengajarku dan mudah-mudahan ia juga dapat memberi teladan yang baik pada kalian..

Aku tinggal disebuah pekan kecil dan kebiasaannya, setiap hari jumaat aku selalu menunaikannya di sebuah masjid india.(kerana ianya lebih hampir dengan tempat kerjaku). Jemaah jumaat masjid ini kebiasaannya terdiri dalam kalangan orang india muslim dan orang melayu. Terdapat juga sebilangan kecil jemaah bangladesh yang kerja di sekitar pekan ini..

Seperti masjid-masjid lain, setelah usai solat jumaat, akan ada jemaah yg sudi menginfakkan duit mereka kedalam tabung masjid..tetapi aku ini jenis yang berkira, boleh dibilang dengan jari duit aku masuk dalam tabung masjid. Pada aku, sedekah itu biarlah bila kita sendiri dalam keadaan selesa untuk melakukannya.

Pada suatu jumaat, berlakulah satu peristiwa yang menyentuh hati aku..mungkin Allah mahu mengajar aku tentang hakikat bersedekah..Dalam saf itu, aku solat bersebelahan seorang bangla..keadaan dirinya memang menunjukkan yang dia buruh binaan. Setelah usai solat dan doa, tabung masjid pun diedarkan. Aku seperti biasa rasa keberatan untuk bersedekah kerana dalam wallet hanya ada beberpa puluh ringgit..apabila tabung sampai dihadapan bangla itu, dia mengeluarkan walletnya, didalamnya ada RM 3. Dia bagaikan teragak-agak, tetapi, aku takjub bila dia memasukkan RM1 dalam tabung tersebut. Terusik hati aku dengan kelakuan bangla itu..dalam keadaan yg dia lebih memerlukan, dia rela untuk bersedekah walaupun sedikit..sedangkan aku

Rasa cinta akan harta dunia ini memang susah untuk aku buang, tapi, teladan yang ditunjuk oleh bangla itu benar-benar meninggalkan kesan kepada aku..Kalian doakan aku moga mampu jadi seperti bangla itu..

Sumber: Abu Umar Via IIUMC via 1CiteMalaya

Add Comment