CARA BUAT AIR SELUSUH UNTUK ISTERI VERSI USTAZ DON DANIYAL, TAG SUAMI ANDA!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Air selusuh sangat sinonim dengan wanita yang sudah hampir untuk proses kelahiran. Kebiasaannya, air selusuh selalu digunakan sebagai ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. Namun, berapa ramai di kalangan ibu-ibu yang tahu bagaimana caranya untuk menyediakan air selusuh ni. Mudah atau susah?

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Apa itu Air Selusuh?

Sebelum saya menerangkan cara-cara menyediakan air selusuh, mari kita ambil tahu dulu serba sedikit mengenai air selusuh ni.

Air selusuh merupakan air yang digunakan untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin. Boleh atau tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian kita? Pada pendapat saya sendiri, selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada si ibu dan bayi yang dikandungkan, tidak menjadi masalah untuk diambil. Yang penting, tujuan air itu adalah untuk memudahkan wanita bersalin. Jika ada kesan yang tidak baik saya nasihatkan supaya tidak minum.

Ada juga yang bertanya, apa hukumnya menggunakan air selusuh ni? Saya bukanlah seorang arif dalam menetukan hukum agama ni. Tapi apa yang saya boleh kongsikan, jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran serta doa-doa memohon proses kelahiran zuriat dipermudahkan oleh Allah. Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam. Jika menggunakan jampi-jampi karut yang menyesatkan ataupun menggunakan khidmat tok bomoh yang kita sendiri tidak tahu apa yang dibaca, maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Ada pelbagai cara untuk sediakan air selusuh ni. Ada diantaranya menggunakan air yang dibacakan ayat-ayat al-quran, ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan dan macam-macam lagi. Orang kata, lebih baik sekiranya, air selusuh itu disediakan sendiri oleh suami. Sebagai tanda dan doa dari suami yang mengasihi isterinya, memohon bantuan daripada Allah dan berikhtiar untuk melancarkan proses kelahiran zuriatnya sendiri. Sesungguhnya, kita sebagai hambaNya, berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukan.air selusuh, cara buat air selusuh, petua buat air selusuh, resepi buat air selusuh, air selusuh ustaz don
Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan cara membuat air selusuh versi Ustaz Don Daniyal. Perkongsian ini telah dibuat oleh Ustaz Don sendiri di Majalah Mingguan Wanita keluaran Jun 2014.

Ini adalah cara step by step yang dilakukan oleh Ustaz Don untuk menyediakan air selusuh. Sediakan air masak ataupun air zam-zam (lebih baik) dalam kuantiti yang mencukupi (bergantung kepada keperluan masing-masing).

Langkah 1 :

Bacakan Surah Al-Fatihah (1x)


Langkah 2 :

Bacakan Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24.


Terjemahan Ayat 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Terjemahan Ayat 22:
Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Terjemahan Ayat 24:
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Langkah 3 :

Bacakan Selawat Syifa’


Langkah 4 :

Terjemahannya:
” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

Langkah 5 :

Bacakan Doa Pemudah

Terjemahannya:
>“Ya Allah, per mudah kat nlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Setelah siap, simpanlah air selusuh tu ditempat yang elok sebelum diminum. Ada orang kata, elok minum mulai masuk minggu ke 38. Ada juga yang kata dah masuk labour roon baru start minum. Dan ada juga yang sapu air selusuh pada perut isteri sebelum bersalin. Macam saya sendiri, saya mula minum masa lepas dah mula contraction. Apa-apa pun pilihan anda, pastikan ianya tidak memudaratkan diri dan bayi. Mintalah pendapat ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat. Dan apa juga ikhtiar yang kita lakukan, ingatlah, Allah sebaik-baik perancang. Kita sebagai hambaNya perlu memohon diberikan yang terbaik.

Bagi suami, bantulah isteri anda dengan memberikan sokongan sepenuhnya semasa proses melahirkan. Mereka sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat kalian.

Saya mendoakan, sesiapa sahaja yang sedang menunggu masa untuk melahirkan, semoga diberi kemudahan dan selamat semuanya. InsyaAllah. Dan jangan lupa kongsikan artikel ini kepada suami anda serta rakan-rakan anda yang lain ye..

Selamat mencuba..:-)

.

Sumber: Petuaibu.com

Link: http://petuaibu.com/cara-buat-air-selusuh/

SETERUSNYA…

WANITA INI KONGSI TIP BAGI MUDAHKAN PROSES BERSALIN, BUAT IBU YANG BAKAL HADAPI DETIK GETIR INI

By Suhaidah Abd Wahab

Proses bersalin ni suatu ‘rezeki’ juga sebenarnya. Ada wanita yang cukup mudah dan senang sangat prosesnya, sekejap je dah terbuka laluan dan bersalin. Namun ada juga wanita, yang mengambil masa berjam-jam, malah berhari-hari baru laluan terbuka dan dapat bersalin dengan sempurna. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang melalui proses bersalin ini buat kali pertama. Sebenarnya, ada tip dan petua tertentu yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses bersalin seperti yang dikongsikan oleh Puan Shuhara Sukri ini.

ANTARA TIP-TIP UNTUK MUDAHKAN BERSALIN:

1. Dua minggu sebelum due date, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2.Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.

4.Rebus epal hijau pastu makan time tengah sakit contraction
Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

5.Time kat labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan Doa Nabi Yunus (La’Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minal Zolimin) serta sebut “Ya Fattah” berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

6.Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin. (Agar nanti baby lahir kulitnya bersih je)

7.Makan kurma dalam bilangan ganjil.

8.Banyakkan berjalan, naik tangga ke.Exercise sebelum deliver baby.

9.Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby.

10.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

11.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.

12.Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.

13.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.

14.Amalkan baca “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.

15.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

16.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.Berkat kata orang. Paling penting mohon maaf dengan suami dan semua orang, minta doa daripada mereka agar dipermudahkan proses ini.

Sumber:

Shuhara Sukri via Mingguanwanita.my

Link: http://www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-tip-bagi-mudahkan-proses-bersalin-buat-ibu-yang-bakal-hadapi-detik-getir-ini/?amp_markup=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *