DIMALUKAN DALAM MASJID

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Gambar Hiasan

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

siapa tak excited bila ramadhan. setahun sekali nak terawih berjemaah ramai ramai. seronok. lagi lagi bila balik kampung, pergi masjid, pergi terawih dengan adik beradik ramai ramai. teringat memori sebelum kahwin. seronok nak berterawih

masuk masjid dah lambat, sebab musafir. jadi bila masuk tu orang dah solat isyak. kita tunggu nak solat terawih. buka buka pintu masjid ruangan saf wanita, excited. mesti ramai orang. sebab kereta parking meriah macam masa raya. luar dalam penuh parking kereta. masjid tepi jalan besar, jadi kereta dah penuh parking. buka buka pintu tempat solat jemaah wanita, terkejut bukan sebab ramainya orang. dah jangka, tapi ‘kenapa macam ni Ya Allah?’

solat isyak. saf berlopang lopang. ada lebih dari 4 baris saf panjang. dari saf paling ramai sampai saf paling belakang. semuanya berlopang. bayangkan, saf baris paling ramai depan. tiba tiba ada gap yang boleh muat 2-3 orang lagi. belum lagi part saf belakang. setompok di tengah. kosong. berjarak lebih 9-10 orang. ada setompok lagi saf. berjarak lagi 4-5 orang. ada yang sembahyang sorang sorang. pastu ada yang duduk paling belakang. sembahyang sorang sorang

sedihnya, semuanya ‘sedang mengikut imam’.

kalau budak budak mungkin kita faham, mereka masih belum cukup faham konsep saf tapi… dah tiba masa nak solat terawih. kita cari gap saf. yang paling depan cuba masuk. nampak yang ada gap 3 orang boleh masuk, ajak adik. sampai sampai. cuba masuk. ajak nak merapatkan saf. mak cik dah marah. muka kelihatan tak puas. bayangkanlah saf kiri, antara mak cik A dengan jemaah kiri gap seorang, gap 2-3 orang. mak cik xx. sebelah mak cik xx ada gap seorang barulah jemaah kanan. ajak nak merapatkan saf. mak cik belah kiri berganjak. mak cik xx nampak kami nak masuk, terus cakap ‘tak muatlah’. orang orang lain dah jeling jeling. cakap dalam hati, ya Allah. apa yang tak muatnya? sebelah makcik gap seorang lagi. dia makin marah. direntap sejadah dengan penuh perasaan berlalu ke belakang

semua pandang kami.jemaah depan belakang tepi. dah macam satu silap besar ajak rapat saf. sedihnya. keadaan masih tak berubah. bila mak cik xx dah ke belakang, gap dua orang antara aku dengan jemaah kanan. yang belakang tak nak naik depan. yang jemaah kanan sikit pun tak nak berganjak rapatkan saf. maklumlah masing masing dah hampar sejadah. akhirnya solatlah kami dengan keadaan saf terputus

yang tua tak semestinya pandai, yang muda tak semestinya tahu. aku bukan ustazah. mungkin juga imam terlupa nak ingatkan ‘rapatkan saf’ seperti biasa. tapi harini memang memalukan. rindu suasana di Makkah, solat, anak kecik nak menyelit pun tak ada ruang. di sini, Allah..

kalau jemaah perempuan, sejadah itu pengukur saf. kalau seorang dah hampar sejadah. yang kiri dan kanan akan berdiri selepas sejadah. faham? maksudnya, tidak ada bahu, tangan akan bersentuh. boleh bayangkan gap? besar sejadah, makin besarlah gap. saf lelaki selalunya tak ada masalah. inilah masalah besar saf perempuan bertahun tahun aku lihat situasi ni, banyak kali juga kena marah sebab ajak rapatkan saf, tapi malam ni paling terasa. bukan sejadah je, telekung juga pengukur saf. hujung bucu telekung bertemu hujung bucu telekung jemaah lain. itulah safnya. sebenarnya masih ada gap

JEMAAH TAPI SAF PUTUS!

Hadith Anas bin Malik, dia berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasalam bersabda:

سَوُّوْا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوْفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ.وَفِيْ لَفْظٍ : فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاةِ
“Luruskan saf-saf kalian, kerana meluruskan saf-saf termasuk menegakkan solat (berjemaah)”. Dan dalam lafaz lain : “…kerana meluruskan saf termasuk kesempurnaan solat (berjemaah)” [Riwayat Al-Bukhari no. 690 dan Muslim no. 433]

solat tak batal kalau putus saf, tapi alangkah ruginya bila datang nak berjemaah, nak kaut pahala jemaah 27x, tapi tak dapat pahala jemaah, sebabkan kita sendiri putuskan saf

[TOLONGLAH SHARE] ramadhan masih panjang. pengalaman malam ni, moga moga menjadi sesuatu bacaan yang beharga untuk kita dan juga orang lain. janganlah ada lagi saf terputus sepanjang kita berjemaah waktu hidup ini. pada imam dan sama sama kita, termasuk diri saya sendiri, tolonglah tekankan bab ni, tegurlah bila nampak situasi ni, bukan anggap yang menegur itu salah. aku menulis, aku menangis. bukan sebab hanya terasa tapi lihatlah keadaan kita. bukankah nak tengok bagaimana penyatuan agama, tengok pada jemaahnya?

‘Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawab di atas pimpinannya’ – hadith riwayat bukhari dan muslim

Ramadhan ke 3
Masjid di Melaka
May 29, 2017

#chyron-inspiresdreamers
#JuichyMalaysia
#founderchyronbeauty

Sumber : https://www.facebook.com/chyronikhwani.abdwahab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *