Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
VIDEO Seorang Kanak-kanakBekerja Di Gerai Bapa Jadi Tukang MasakIni Mendapat Perhatian Netizen. Tak Sangka Dalam Usia Sangat Mentah Boleh Buat Sampai Begitu Sekali
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kanak-kanak Bekerja Di Gerai Bapa Jadi Tukang Masak, Kanak-Kanak Ini Dapat Perhatian Netizen. Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biar dari rebungnya. Pembelajaran selalunya daripada rumah.
Apabila ibu bapa memberi ajaran yang baik kepada anak-anak, maka mereka akan boleh berfikir dengan waras.
Walaupun didikan yang baik sekalipun, kadang-kadang ada juga yang tersasar. Itu tidak boleh disalahkan kepada ibu bapa sebaliknya diri sendiri.
Ini kisah seorang kanak-kanak lelaki Cina yang bekerja di gerai bapanya. Menariknya, dia menjadi tukang masak dan cekap mengoreng kueh teow. Gerai tersebut terletak di Batu 10 Sandakan, Sabah. Anda tonton sendiri video yang menunjukkan kanak-kanak ini sedang mengoreng kueh teow.
Rata-rata netizen memberi komen yang baik. Salah seorang daripada mereka ada bertanya kepada pemilik gerai tersebut, rajin anaknya membantu.
Balas pemilik itu, memang kena bagi kerja, tidak boleh bagi apa yang dia mahu. Perlu usaha sendiri. Baru dia tahu menghargai.
Video Penuh:
Begitulah kehidupan. Jika tidak dididik dari mula, lain jadinya. Harapnya kanak-kanak ini akan menjadi anak yang baik. Mungkin apabila besar nanti, dia akan membuka restoran pula.