Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kepulangan penyanyi Siti Sarah daripada mengerjakan umrah bersama suami, Shuib mengejutkan ramai pihak apabila dia tampil bertudung.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sejak pulang ke tanah air, Sarah hanya memuat naik gambarnya berpakaian Muslimah dan bertudung di Instagram.
Bagaimanapun, Sarah ketika ditemui baru-baru ini menganggap perkara itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan.
“Memakai tudung bukan perkara yang perlu saya umumkan. Biar saya mengikut saja aturan yang Allah tetapkan. Lebih penting, doakan yang terbaik untuk saya supaya terus istiqamah,” katanya.
Menurut Sarah, dia menjadikan tiga selebriti iaitu Rozita Che Wan, Neelofa dan Nabila Razali sebagai rujukan selain tertarik dengan gaya artis terbabit mengenakan tudung.
“Saya selalu melihat gaya mereka mengenakan tudung di Instagram. Mereka bijak menyesuaikan padanan warna tudung dengan busana dipakai serta gaya mereka mengenakan tudung,” katanya.
Semakin tak sama lagu Agnes Monica
Sejak drama bersiri Halalkan Hati Yang Kau Curi ditayangkan di TV3, ramai netizen memperkatakan mengenai single terbaharunya, Semakin yang menjadi runut bunyi bagi drama itu.
Rata-rata netizen mengatakan Semakin mirip lagu Matahari nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Bagaimanapun, Sarah tampil menyangkal dakwaan itu dan berkata, melodi Semakin langsung tidak sama dengan mana-mana lagu dendangan Agnes, sebaliknya susunannya yang terdengar seperti lagu penyanyi itu.
“Melodi lagu itu tidak sama dengan mana-mana lagu Agnes, cuma saya minta susunannya dibuat ala-ala nyanyian Agnes.
“Ini kerana saya meminati susunan lagu Agnes yang mempunyai banyak warna dan cabaran tersendiri,” katanya.
Menurut Sarah, walaupun lagunya disamakan dengan lagu nyanyian Agnes, tapi dia yakin pendengar dapat membezakannya daripada lagu nyanyian Agnes itu.
“Lagu ini mungkin terdengar seperti lagu Tanpa Kekasihmu, Matahari atau Jera kerana konsep susunannya yang ke arah itu. Namun secara spesifiknya melodi lagu ini tidak sama.
“Bagaimanapun, saya bersyukur lagu ini diterima dengan baik. Alhamdulillah penantian selama tujuh tahun tidak keluarkan single akhirnya saya dapat lagu yang saya tunggu selama ini,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan Aidilfitri, Sarah berkata, dia dan dan suami tidak sempat membuat sebarang persiapan lagi kerana berdepan jadual padat.
“Kami sibuk menguruskan persiapan anak-anak dan hal yang tertentu. Tetapi ketika di Makkah saya ada juga beli jubah, mungkin raya tahun ini bertemakan Arab. Nantikan saja,” katanya.
VIDEO :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HarianMetro
Sumber: soyalemon.org