“Saya Pernah Ditegur Masa Solat Kerana Ada Tatu..Tapi Saya Senyum Saja Apabila Mereka kata solat saya tak sah.” – Jawapan Balas Corey Buat Ramai Terdiam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

PERNAH ditegur solat tidak sah kerana  bertattoo, Adam Corrie Lee Abdullah bagaimanapun bersikap terbuka menangani isu tersebut.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pengalamannya itu dikongsi menerusi laman Instagramnya (IG).

“Saya pernah ditegur masa solat di set filem kerana ada tattoo. Mereka kata solat saya tak sah. Ada yang suruh saya buang tattoo dulu.  Tapi saya senyum je. Sebab saya dah tahu hukumnya.

“Bagi mereka yang bertattoo before Syahada, solatnya sah. Dan tak wajib buang tattoo sekiranya memudaratkan diri,” kongsinya sambil disertai #tabayyun.

Mengulas lanjut, selebriti berusia 49 tahun ini mengakui isu tersebut sering dialami oleh golongan mualaf.

“Isu biasa yang dialami oleh saudara baru.  Ini bukan isu sedih ke, marah ke, tertekan ke. Suruh orang bertabah ke.

“Kebanyakan saudara baru tahu solat mereka sah. Ini cuma satu perkongsian untuk mereka yang masih tak tahu tentang perkara saudara baru yang bertatto sebelum syahadah,” jelasnya di IG.

Tidak cepat melatah, pelakon filem KL Gangster ini sebaliknya lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri.

“Saya banyak handle kes ni bersama saudara baru. Saya selalu sarankan supaya saudara baru senyum sahaja. Tak perlu berdebat dengan mereka,” katanya.

Malah, Adam mengakui sudah lali dengan teguran sebegitu.

“Saya dah biasa dengan teguran ini. Tak terasa apa-apa pon. Saya dah 10 tahun dalam Islam. Dah ok.. Sebab saya tahu bukan semua orang tahu hal ni. Ilmu setiap orang tak sama,” katanya.

Pada masa sama, pelakon filem Paloh ini turut menyarankan agar saudara baru yang bertattoo mengenakan pakaian yang bersesuaian.

“Saya juga sarankan pakai baju lengan panjang, berseluar panjang supaya tattoo tersebut tidak nampak orang lain. Untuk elak org salah faham,” tulisnya lagi.

Ini kerana, katanya, tattoo tidak perlu dibuang sekiranya mampu memudaratkan diri selain memerlukan kos yang tinggi.

“Bukan semua saudara baru mampu buang tattoo. Dan ia juga mungkin mudaratkan badan jika tattoo penuh di badan hendak dibuang.

“Kos tinggi. Bukan sekali sahaja treatment lazer kena buat.. banyak kali kena buat. Buat kajian sebelum berbicara,” katanya.

Sehubungan itu, pelakon filem Kapsul ini  turut menggesa orang ramai agar membuat rujukan pada yang pakar berkaitan sesuatu isu.

“Saya bertattoo sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah. Lepas syahadah saya sudah Islam. Tak de la nak buat tattoo di badan lagi kerana tahu hukumnya HARAM

“Kalau nak tahu pasal hukum hakam agama jangan rujuk, DM dengan saya. Saya bkn ustaz. Rujuk dengan para ilmuwan agama yang bertauliah,” tulisnya lagi.

Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad pada 21 November 2008.

Sumber: sinarharian.com.my

Selepas 10 tahun  bersabar, Akhirnya Adam Corrie bakal jadi ayah

PELAKON aksi terkenal, Adam Corrie Lee berkongsi berita gembira dengan peminat apabila mendedahkan beliau bakal bergelar ayah.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Adam ternyata gembira dan tidak sabar menanti kelahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.

“ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula,” kongsinya hari ini.

Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.

“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

“Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

“Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat.  Dan luaskanlah rezeki.  Dan jadikanlah bagi manusia yang  selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH,” zahirnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka  yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.

“Saya doakan juga mereka yang masih  menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga,” katanya.

Sumber: sinarharian

via: suaramedia

.

Artikel Menarik: ‘Dahsyat Ujian Yang Allah Bagi Bila Saya Berhijrah’ – Bekas ‘Maknyah’ Kongsi Kisah Hijrahnya Buat Netizen Rasa Sedih

Bukan mahu membuka aibnya sendiri, tetapi bekas maknyah ini mahu berkongsi pengalamannya berhijrah untuk anak-anak muda yang masih hanyut di lembah maksiat agar kembali bertaubat dan taat kepada agama.

Harry Zulkifli mengakui, banyak dugaan yang dilaluinya ketika membuat keputusan untuk berhijrah. Sehingga dia terpaksa mengasingkan diri buat seketika. Namun siapa sangka, dalam usahanya untuk berubah itu juga, Allah berikan kemanisan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Jauhi maksiat, dekati Yang Maha Esa.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua. Saya Harry Zulkifli berusia 26 tahun, berasal dari Kuching, Sarawak dan kini menetap di tanah semenanjung Kuala Lumpur hampir lima tahun.

Saya bekas seorang MAKNYAH dan saya tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu beberapa rakan saya di luar sana terutamanya para remaja. Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui, wajar untuk saya kongsikan kisah pahit manis ini.

Saya dulu bukan seorang yang menjaga solat dan hidup saya penuh dengan maksiat. Sepanjang 23 tahun saya hidup, beberapa kali saja saya solat jumaat, mungkin kurang 10 kali. Dan dulu tidak pernah sekalipun lengkap lima waktu solat saya untuk sehari.

Demi Allah, saya bukan nak buka aib sendiri tetapi ini hakikat hidup saya yang dulu. Macam-macam cara saya buat tetapi semua tidak jadi. Sehinggalah saya cuba untuk lari menyendiri dan sedaya upaya menjaga solat walaupun pada mulanya penuh dengan perasaan ‘terpaksa’.

Tahun pertama selepas saya berhijrah, saya masih tidak dapat menjaga solat dan masih melakukan banyak perkara-perkara yang buruk (maksiat). Cuma sedikit kurang berbanding sebelum berhijrah. Sehingga saya kurang yakin dengan penghijrahan saya pada masa itu. Saya masih terikut ikut dengan perangai saya yang lama.

Tetapi hampir setiap hari hati saya terdetik untuk terus berubah. Saya pelik! Saya ambil langkah untuk menjauhkan diri dari semua kawan dan saya bawa haluan sendiri tanpa berita. Keluarga pun saya jarang hubungi. Jujur saya tidak kuat masa ini. Dahsyat sangat ujian yang Allah SWT bagi. Perasaan yang tidak tentu, sunyi dan didatangi dengan pelbagai masalah.

Ini fasa yang paling saya risau. Masalah datang bertubi-tubi sehingga membuatkan saya hilang arah. Saya mengambil langkah mendekatkan diri dengan Allah dan keluarga adalah tempat saya mengadu. Biasalah lumrah manusia, bila dalam masalah baru nak ingat Allah, baru ingat keluarga.

Banyak kali saya minta ibu dan kakak saya untuk mendoakan kebaikan untuk saya dan saya banyak bergantung nasihat beberapa orang rakan karib saya. ‘Hebat dugaan waktu ini masyaAllah!’ Memang Allah bagi ujian ini supaya saya sujud selalu pada Dia.

Saya tukar environment saya, saya banyak minta nasihat beberapa orang yang arif berkenaan ilmu agama. Bila saya jaga beberapa perkara wajib yang Allah suruh, saya perasan yang saya semakin kuat untuk berubah. Saya selesaikan segala masalah saya satu persatu. Saya berhenti mengambil pil perancang (hormon), saya potong rambut saya semakin pendek, saya berhenti pergi ke club, saya berhenti buat benda terlarang dan saya berjaya buang segala ‘hobi’ buruk saya dahulu. Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang dua tahun setengah.

Benar, kalau kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan susun hidup kita satu persatu. Allah temukan saya dengan orang-orang yang hebat. Allah rapatkan hubungan saya dengan keluarga saya di kampung. Allah berikan rezeki dari bermacam-macam sumber. Allah bagi saya rakan-rakan yang baru. Dan paling hebat, Allah bagi saya sokongan hebat dari kawan-kawan lama saya.

Saya selama ini lari dari kawan-kawan sebab malu dengan penghijrahan sendiri. Rupa-rupanya majoriti di antara mereka faham dan Alhamdulillah hubungan saya dengan mereka semua masih akrab. Allahuakbar!
Sekarang saya tahu, semua orang berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik, akan terlintas di dalam hati masing-masing untuk berhijrah. Tidak mengira sesiapa pun. Tetapi mungkin tidak tahu cara yang betul-betul sesuai pada diri.

Nasihat saya sebagai sahabat, jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. Langkah paling baik, tukar environment kita untuk sementara waktu. Banyak muhasabah diri, minta dari Allah satu persatu.

Memang sunyi waktu ini, tetapi percayalah, Allah ada dengan kita pada waktu ini. Sangat dekat Allah dengan kita. Allah tahu kita tidak kuat lalui seorang diri. Allah sebenarnya nak pimpin hati kita. Allah nak hadiahkan hidup yang baru. Hati yang baru. Sesuatu yang hebat sedang menunggu. Demi Allah, sumpah atas nama Allah yang Maha Agung!

Ini benar-benar betul. Lama kelamaan mesti kita akan bertambah kuat, bertambah yakin. Masa inilah kita jumpa balik environment dan kawan-kawan kita. Jangan buang kawan pula, minta maaf dengan semua dan beritahu perkara yang betul. InsyaAllah ramai yang akan paham. Buang rasa malu.

Sebenarnya kalau difikirkan, tidak ada siapa yang nak marah kalau kita buat benda yang baik. Cuma jangan kita bongkak, jangan kita riak membandingkan diri dengan sesiapa. Jangan buat sesiapa terasa hati. Itu paling penting.

Sebenarnya ramai yang menjaga solat. Saya yakin anda semua lebih banyak amalan-amalan yang baik. Cuma saya berkongsi lebih pada jalan cerita hidup saya. Saya yakin yang menjaga solat ini, hidup mereka jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan dulu. Itu perbezaan jelas kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah.

Maafkan saya, bukan niat saya bercerita yang baik-baik saja tentang diri saya. Saya tahu ramai yang terdetik hati tapi tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh, sahabat semua mesti boleh. Kita buat bukan kerana orang lain, kerana Allah dan kerana ibubapa kita yang banyak berdoa akan kebaikan dari kita.

Dulu ramai sangat kata saya tidak boleh berubah. Saya pun kata saya tidak akan berubah sampai bila-bila. Tapi bila kita mula yakin, kita mesti akan dapat berubah satu hari nanti.

Image may contain: 1 person, selfie and close-up

Akhir kata, saya harap masyarakat kita jangan berkeras dan beri pendekatan yang baik terhadap kami semua. Jadikan kami kawan baik anda dan InsyaAllah dengan pendekatan yang lembut, saya sangat yakin ramai akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik.

Maafkan saya kalau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya sekadar bercerita pengalaman penghijrahan saya. Harap jangan dikaitkan dengan sesiapa. Saya bukannya baik sangat, masih belajar erti kehidupan sebenar. Niat saya untuk bantu rakan-rakan saya yang mungkin ingin bersama sama mencari redha Allah SWT.

Kita hidup di dunia tidak lama. Tidak salah sekiranya kita saling usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. InsyaAllah. Saya Sayang semua. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan saya dan semua. Saya harap Allah jaga dan sayang kita semua. InsyaAllah.

Ikhlas Harry Zulkifli

Sumber/Foto : Harry Zulkifli via The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *