Sebak tengok mereka – Umie Aida

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

KISAH sedih anak sulung tiga beradik berumur 13 tahun terpaksa menjaga adik menghidap kanser di wad Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, menyentuh hati pelakon, Datin Paduka Umie Aida.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Luahan dimuat naik Umie di laman sosialnya, hari ini, membuat ramai netizen terharu.

Malah tidak kurang juga ada bersedia untuk membantu anak-anak tidak bernasib baik itu.

Sewaktu mengunjungi wad menempatkan kanak-kanak kanser itu bersama beberapa selebriti iaitu Siti Saleha dan Fauziah Latiff baru-baru ini, Umie tidak dapat membayangkan kesedihan dilalui kanak-kanak terbabit.

“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tidak pernah terbayang di fikiran saya mendengar kisah lara di sebalik keceriaan wajah anak-anak syurga terbabit.

“Ya, saya terpana dan tersentuh dengan kisah anak sulung tiga beradik berusia 13 tahun itu. Dia terpaksa melupakan persekolahannya demi menjaga adik yang menghidap kanser,” katanya.

Jelas Umie, perkara itu diketahui pihaknya sewaktu terlihat remaja terbabit bersendirian menjaga adiknya itu.

“Sebaik ditanyakan mana ibu dan ayahnya, dia menangis.

“Dalam nada teresak-esak, mereka memberitahu ayah dan ibunya sudah berpisah dan kini tinggal bersama ayahnya. Dia memberitahu tiada siapa boleh menjaga adiknya. Namun dalam waktu sama dia mahu terus bersekolah,” katanya.

Kata Umie, dia terkejut kerana masih ada rakyat Malaysia begini.

“Apa akan jadi pada masa depan anak terbabit tanpa pelajaran? Ibu mereka pula tidak pernah menjenguk mereka”.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : IslamikInfo

Add Comment