SEDIH TENGOK BILA DATO FAZLEY YAAKOB MENANGIS DENGAN ANAKNYA DI DEPAN MASJID. INI SEBABNYA

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Untuk Menonton Video Penuh,Sila Scroll Kebawah

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Lagi seminggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hampir semua persiapan sudah tersedia samada dengan pakaian, kuih raya, duit raya dan macam macam lagi. Di waktu ini juga akan muncul banyak iklan iklan atau klip klip cerita pendek mengenai Hari Raya dan kebanyakkannya akan berkisar tentang kesedihan.

Sebelum ini kita teruja dengan cerita pendek dari Petronas, TV3 dan macam macam lagi. Dari tahun ke tahun akan muncul banyak cerita pendek Hari Raya yang menarik di kaca TV atau di media sosial

Tetapi lain pula bagi Dato Fazley Yaakob dan anak beliau. Kebiasaan bagi mereka untuk setiap solat jumaat mereka akan datag berasingan tetapi hari ini (Jumaat) sesuatu yang tidak dijangka terjadi dan klip video Dato Fazley Yaakob umpama sebuah kisah sedih di Hari Raya. Ini yang diungkapkan di dalam caption Instagram rasmi beliau.

Ini nukilan Dato Fazley tentang apa yang terjadi

Tahun ini, semua orang sibuk dengan video raya yang paling sedih. Secara tak sengaja, hari ini saya dan anak sulung saya, terbuat drama sedih jugak. Kisahnya begini…setiap Jumaat kami akan berusaha untuk solat bersama namun yang sering memisahkan kami adalah trafik jam dan hujan. Sebab Payish akan ke masjid dari sekolahnya dan saya akan bergegas ke masjid dari ofis. Bermakna, waktu kami tiba di masjid tidak sama. Jadi, kami akan sentiasa berusaha untuk mencari masing-masing sebelum solat bermula. Namun hari ini, saya tak jumpa Payish dan Payish pun tak jumpa saya.
.
Jadi saya bergegas keluar ke bawah masjid, cuba sedaya upaya untuk mencari Payish. Apabila saya melihat kelibat Payish, sebak sangat rasa melihat dia sedang terduduk kekecewaan kerana tidak dapat bersua dengan saya di masjid. Bila saya jumpa dia, terus airmata dia bercucuran dengan ungkapan “Didaaa, I thought I won’t see you today.” Terus saya dipeluknya.
.
Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh arwah Bapak – Kasih sayang adalah syurga keluarga. Rasa macam bertahun tak nampak anak sendiri walhal baru berpisah berapa jam sahaja

Kasih sayang seorang anak kepada bapa memang tidak tolok bandingnya. Salute Dato Fazley kerana anda berjaya mendidik anak anda ke jalan yang benar. Kudos dari kami Team Lubok Viral

Edited: Lubok Viral –ee

Sumber : Instagram fazleyyaakob

LAGI ARTIKEL MENARIK…

‘Allah kurniakan puteri setelah 10 kali keguguran’ – Syukur ucap Fazley Yaakob

'Allah kurniakan puteri setelah 10 kali keguguran' - Syukur ucap Fazley Yaakob

Foto: Fazley meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana dikurniakan puteri sulung selepas isterinya mengalami keguguran hampir 10 kali.

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi video di sekitar majlis aqiqah anak perempuannya, Alayna Selma di laman Facebook.

Menerusi entri tersebut, Fazley meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana dikurniakan puteri sulung selepas isterinya mengalami keguguran hampir 10 kali.

“Salam semua. Selepas penantian bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT kurniakan saya dan isteri tercinta Azrene Ahmad seorang puteri, setelah hampir 10 kali keguguran.

“Sebelum mendapat anak pertama, Payish, juga kami pernah keguguran dan kini kami ada tiga anak lelaki, Payish Piyash Piyush.

“Kesabaran dan kekuatan kasih sayang adalah tunggak di dalam setiap rumahtangga. Moga video sekitar majlis aqiqah ini menjadi tanda kecintaan kami berdua untuk Alayna Selma atau Baby Ellie.

“Kepada anakanda kesayangan Dida; semoga video ini diulang-ulang nanti bila membesar sebagai peringatan detik-detik pertama kami semua jatuh cinta kepada Ellie,” tulisnya.

Selain kehadiran keluarga dan teman rapat, majlis aqiqah puteri sulung Fazley yang diadakan pada penghujung tahun lalu turut diserikan dengan kehadiran Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Dilahirkan pada Oktober tahun lalu, Ellie merupakan anak keempat Fazley bersama isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Berkahwin pada tahun 2007, Fazley dan Azrene turur mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7.

Selain laman Facebook, Fazley turut memuat naik video sekitar majlis aqiqah itu di laman Instagram dan YouTube miliknya, Fazley Yaakob.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fazley

SUMBER: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *