Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Nampaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan sudah semestinya masing-masing semakin sibuk untuk membuat persiapan terakhir.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Bagi selebriti yang pertama kali menyambut sebagai ibu pula, mesti pening kepala untuk menyiapkan segala keperluan bagi suami dan anak, ini termasuk penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.
Menurut laporan Sinar Harian, penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu sangat teruja bagi menyambut 1 Syawal terutama apabila hal menyediakan pakaian untuk cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah.
Sekiranya sebelum ini beliau hanya memikirkan tentang persiapan suami dan keadaan rumah, kini isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan memberi perhatian lebih terhadap keluarganya.
Tambah Siti, beliau telah menempah empat pasang busana untuk anaknya yang mencecah usia tiga bulan itu dan apa yang penting, mereka sekeluarga perlu kelihatan sedondon.
Selain itu, beliau juga turut menyediakan baju kasual untuk Aafiyah yang dihadiahkan oleh peminat kerana mahu mengelakkan pembaziran.
Sumber : Sinar Harian