[VIDEO] “Saya Tak Tipu Kak, Berjurai Air Mata Tengok…” – Netizen Menangis Baca Luahan Hati Zarina, Sebak Habis!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kebahagian dan kasih sayang antara mak, ayah, ibu, adik-beradik, suami isteri, anak-anak pastinya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mereka merupakan orang yang menjadi tulang belakang sehingga siapa kita sekarang pada hari ini. Benar lah kata pepatah “money can’t buy happiness“.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pelakon Zarina Zainuddin atau lebih manja dipanggil sebagai bonda merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata, Azal dan Azil yang mempunyai penyakit Autisme.

Baru-baru ini, Zarina ada memuatnaik satu video mengenai sebuah keluarga untuk tatapan semua netizen. Malah, video tersebut merupakan suatu peringatan dan kesedaran betapa pentingnya hubungan kekeluargaan antara adik-beradik. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen panjang lebar daripada Zarina di laman Instagramnya sendiri.

Menerusi kapsyen daripada Zarina, dia mengingatkan agar semua netizen menghargai dan belajar menerima kekurangan ahli keluarga terutama sekali antara adik-beradik. Percaya atau pun tak bila dah besar masing-masing sibuk bekerja. Bak kata Zarina, jadikan Aidilfitri sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan adik-beradik.

Zarina turut berpesan supaya netizen tidak memutuskan hubungan dengan adik-beradik. Kalau boleh biar lah sayang tu sampai ke mati dan jangan lah kita dengki-mendengki antara adik-beradik. Dia mengingatkan supaya waspada dengan duit kadang ianya boleh melelapkan sehingga kita kabur dengan harta dunia.

VIDEO :

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa sebak dan menangis. Apa tidaknya, satu persatu seorang abang yang dah berusia menyuapkan makanan ke dalam mulut adik-beradik yang lain. Bergenang air mata netizen tatkala membaca luahan kapsyen Zarina.

Malah, kata-kata Zarina sedikit sebanyak menyedarkan hati netizen agar tidak terlalu leka mengejar duit sehingga menggabaikan hubungan dengan keluarga dan adik-beradik.

Bergenang air mata…

Nangis tengok video ni…

Berjurai air mata…

Sebak…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : KisahDunia via kecohbetul

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *