Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebak membaca perkongsian cerita Ayue Erwan mengenai seorang runner wanita yang begitu tabah mengharungi embun-embun malam bersama anak kecilnya demi mencari sesuap nasi. Menurut Ayue, kehidupan runner ini dulu senang tetapi telah ditakdirkan mereka ditimpa kejadian yang tidak diingini menyebabkan mereka jatuh terduduk.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sejak dari itu, mereka sekeluarga berusaha untuk mengubah kehidupan mereka biarpun terpaksa berkorban masa dan tenaga. Semoga kisah Nur Ain ini menjadi pengajaran dan inspirasi untuk kita terus berjuang dalam hidup serta tidak mudah menyerah kepada takdir.
KISAH sedih. Runner yang hantar kek ke rumah mak ni, perempuan. Panjang kisah dia. Siang hari dia meniaga jual bubur untuk infaq/sedekah-sedekah. Tetapi income tak menentu. Dia cari side income buat part time delivery malam pula. Bawa motosikal, merata dia hantar dan rumah mak paling last dia hantar dari Kampung Baru ke Subang Jaya. Jauh tu!
Jam 12 pagi adik ini sampai ke rumah, nak hantar kek. Yang sedihnya dia kendong anaknya berumur dua tahun. Mak tengok pun speechless. Saat anak-anak kita semua dah tidur nyenyak, tetapi baby ini berembun ikut mak dia buat delivery malam-malam buta. Allah, bahayanya lahai.
Aku ni dah macam penyiasat tanya dia itu ini. Tetapi dia kongsi dan ceritalah. Dulu dia hidup senang, ada restoran, perniagaan jual emas. Selepas itu satu hari rumah kena samun, duit, barang kemas, RM100,000 lesap, duit nak bayar supplier. So dia jatuh.
Bila susah, pinjam duit Ah Long. Pinjam RM30,000 tetapi Ah Long bagi RM15,000. Tetapi bayar pinjaman sampai dah terlebih-lebih. Ah Long masih minta hutang dengan alasan ada bunga (faedah pinjaman). Dia nasihat juga pada mak, kalau susah macam mana pun jangan pinjam duit dari Ah Long.
Adik ini muda lagi, anak enam orang, Seorang meninggal dunia, dua lagi di Port Dickson masuk asrama, dua lagi masih kecil dan tinggalkan di rumah. Tetapi anak bongsu berusia dua tahun ini terpaksa dibawa. Suaminya kerja malam, jam tiga pagi baru balik.
Bila mak tanya kenapa tak bagi anak ini dijaga orang? Jawapannya pernah hantar tetapi bila balik, tengok anaknya dah lebam-lebam. So dia tak percaya dan dia terpaksa bawa. Mak dapat rasa hidup dia susah dan banyak sangat dugaan. Tetapi dia nampak tabah dan kuat.
Kau memang kental dik! Mak sedekahkan lebih sikit upah delivery.
Ini nombor akaun adik ini, mak dapatkan senyap-senya pdari owner jual kek ini. Kalau ada sesiapa yang sudi membantu, sikit pun jadilah, nak raya kan?
NAMA: Nur Ain bt Kodir
BANK: 164388860006 (Maybank)
NO TEL: 014-2307651
Tak kisahlah RM10, RM20, RM50, lebih pun Alhamdulillah atau korang boleh hubungi Nur Ain sendiri kalau nak ada buat sedekah sebab dia boleh masak juga (katering kecil-kecilan). Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki tuan/puan. Terima kasih. harap dia tak marahlah mak up post ini.
So nak hilangkan sedih, mak pun buka TV, nak sambung balik tengok TV3 cerita Chori Chori Chupke Chukpe, tapi habis da.
Sumber: Ayue Erwan via the reporter