Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Perdana menteri adalah antara pemimpin tertinggi negara. Menjadi orang nombor satu dalam sesebuah negara membuatkan seseorang perdana menteri itu dipandang mempunyai status dan kedudukannya yang tersendiri.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Tindakan spontan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte setelah satu insiden membuatkan ramai netizen kagum dan tertanya-tanya adakah wakil rakyat kita pun akan turut berbuat benda sama.
Dalam satu video, Mark dilihat memasuki bangunan dipercayai pejabatnya sambil membawa secawan kopi. Malangnya kopi berkenaan tumpah ketika melalui pintu keselamatan. Tanpa berfikir panjang Mark ‘merampas’ mop dari pekerja pembersihan dan melakukannya sendiri.
Beberapa orang staf kemudiannya dilihat bertepuk dan dan bersorak apabila melihat tindakan terpuji Mark itu. Lelaki itu dilihat turut tergelak apabila disorak sedemikian rupa.
Malahan mereka sempat mengajar Mark menggunakan mop dengan betul di akhir video. Memang sporting habis!
Sila tonton video:
https://youtu.be/zqRJOh7POag
Sumber: Durianne / Ohbulan
Adakah Benar Agong Belanja RM257juta, Soal Wartawan Kepada Tun M. Dan Ini Jawapannya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum membaca artikel yang mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta antara Januari hingga April tahun ini untuk yang di-pertuan agong.
“Saya belum tengok artikel itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.
Mahathir diminta mengulas artikel oleh pemimpin pusat BERSATU Datuk A Kadir Jasin yang juga bekas seorang pemain penting dalam industri media.
Kadir dalam blognya berkata agong yakin dengan pelantikan pakar perlembagaan Tommy Thomas sebagai peguam negara.
“Mengapa tidak? Ia dijamin oleh perlembagaan, diberikan kemewahan dan malah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) cium tangan mereka,” tulisnya.
“Selama 16 bulan, sehingga April tahun ini, keseluruhan RM256.9 juta telah diperuntukkan kepada yang di-pertuan agong untuk tujuan penginapan, tempat tinggal, istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan istiadat, hadiah dan cenderahati, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana.”
Sementara itu, Mahathir juta berkata tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar perbelanjaan hidup dan peribadi Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mencecah suku bilion dalam tempoh 16 bulan seperti yang didakwa sebelum ini.
“Dia (Kadir) kata tapi saya nak kena tengok betul atau tidak, perbelanjaan untuk beberapa tahun setahun ke, 10 tahun ke saya tak tahu, saya kaji tengok saya maklum nanti,” katanya.
Video penuh :
KIRA-KIRA RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Demikian dakwaan seorang ahli Jawatankuasa Pembaharuan Peralihan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin menerusi catatan dalam blog peribadinya.
Kenyataan Kadir yang disifatkan tidak mewakili pandangan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotainya itu mendakwa purata RM16 juta sebulan dibelanjakan oleh Agong yang meliputi penginapan, kediaman, barangan peribadi, pengangkutan dan pelbagai lagi perbelanjaan lain.
Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.
“Saya tidak berani kata raja-raja tidak begitu yakin dengan kedudukan mereka sehingga mereka perlu diberikan jaminan dan ditenangkan.
“Sebaliknya, saya rasa raja-raja yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka,” tulis Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Kadir bagaimanapun tidak mendedahkan sumber data perbelanjaan itu diperolehi namun beliau memberitahu kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM13.5 juta setahun untuk perbelanjaan setahun Agong.
Katanya, seperti rakyat di negara ini, Agong juga terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.
Biarpun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, namun undang-undang menyatakan bahawa Agong mempunyai kuasa tertentu.
“Perlembagaaan yang boleh jamin dan jatuhkan kuasa ke atas golongan pengemis di Chow Kit, sama juga dengan hak keistimewaan Agong yang menetap di istana negara berharga RM650 juta,”katanya.
Beliau juga menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda pada tahun 1993 bagi memperjelaskan sejauh mana kekebalan Raja-Raja dikategorikan sebagai langkah yang diambil untuk ‘pertahankan institusi di raja’.
SUMBER : MALAYSIA KINI