“Luku kepala seekor2, kena mengamuk baru ‘settle’…” – Didikan berbeza, netizen puji layanan Ozlynn terhadap anak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nampaknya ketegasan yang ditunjukkan oleh pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlyn merupakan cara terbaik bagi mendidik anak-anaknya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sering berkongsi rutin harian mengenai anak-anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq di laman Instagram miliknya, Ozlyn sememangnya tegas dalam membentuk mereka untuk menjadi yang terbaik pada masa hadapan.

Terbaru, wanita berusia 37 tahun itu telah memuat naik sebuah video berkongsi luahan hati mengenai karenah anak-anaknya pelbagai ragam yang menyebabkan dirinya mengamuk!

“Keadaan dalam rumah lepas kena hamuk semua duduk main game sampai meja pon takde siapa lap, rumah takde siapa vacum, pinggan takde siapa cuci.

“Orang azan duduk pegang remote game lagik! Memang korang mintak aku hamok kan. Benda ready stok, mintak confirm dapat! Kelam kabut semua. Nih tengah tunggu imam duduk tolong basuh pinggan.

“Kita ‘mam’ duduk jadi mandor perhati. Bebudak memang macam ni kan tapi kena didik bertanggungjawab. Kena pulak anak lelaki. Tak nak kahwin esok dpt bini dia jadikan bini dia orang gaji dalam rumah.

“Memang aku luku kepala seekor2. Papa dorang bila dengar bini mengamuk memang takkan campur. Paling kuat pun dia bagitau apa yang dorang tak perasan & tolong anak2 dia. Tu yang dia basuh pinggan tuh,” katanya panjang lebar.

Rakaman video berdurasi 29 saat itu kelihatan anak-anaknya tenang menanti waktu untuk solat berjemaah selepas dimaki hamun olehnya serta turut menerima reaksi positif daripada netizen.

Aduhh biasa la, anak ramai ni macam-macam ragam nak kena uruskan! Kalau guna cara lembut pun tak jalan, cara mengamuk macam Ozlynn ni jugak yang terbaik. Terus senyap semua!

Sumber : Johan & Ozlynn / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Geng Kepoh

Sumber: beritasteady.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *