Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Baru-baru ni viral di laman sosial media apabila seorang tauke kayu balak berwajah comel, Nur Syamimi sudah berstatus ‘Jutawan’ di usia muda. Suaminya pula sudah mendapat gelaran Dato’. Tapi macam biasa, bila seseorang tu berjaya pastinya akan ada pihak yang menyokong dan ada juga mencaci.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sedih dengan perkara itu, bapa mertua kepada Nur Syamimi tampil memberi penjelasan dan berkongsi pengalaman turun naik anaknya sehingga lah berjaya hingga sekarang.
Sedih, kecewa dan marah
Tahu susah payah dilalui anak
Anak berkahwin di usia muda..
Menangis lihat usaha dan pergelutan anak untuk berjaya
Dalam masa setahun lebih perniagaan anak berekembang
Dulu pakai Satria tapi sekarang..
‘Kami anak beranak tidak akan berkecil hati..’
Sumber: Facebook Ali Zaik Bin Ibrahim via Oh Bulan
Siapakah Ali Russia atau Nama Sebenar Ali Zaik Bin Ibrahim
Ali Zaik Bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Ali Russia yg berasal dari kota bharu ini mendapat kelulusan di North Carolina State University. Beliau terkenal di media maya dek kerana penulisan beliau yang kadang-kadang menyebabkan netizen tersentap dan tersentuh sehingga menangis.
Disebabkan penulisan beliau lebih kepada pencerahan agama dan aktiviti tabligh juga terselit lawak, membuatkan beliau mempunyai followers yg tersendiri. Kalau Nk tau lebih, follow fb beliau Ali Zaik Bin Ibrahim.
“NAMA Ali Russia tengah ‘meletup’, menjadi viral di laman sosial. Abang ni amat popular dan setaraf dengan selebriti, apa perasaan, rasa bangga?” Tanya saya kepada Ali Russia.
Sambil menghela nafas, lelaki bertubuh tegap atau istilah masa kini ‘sado’, berjanggut panjang stereotaip penampilan ahli jemaah tabligh dengan nama tertulis dalam surat beranaknya, Ali Zaid, 49, pantas menjawab: “Tiada gunanya dipuja oleh manusia, memiliki kemasyhuran semasa singgah sebentar di dunia tetapi akhirnya di dunia abadi iaitu akhirat dibakar dan diazab oleh Allah SWT.
“Akhirat kelak, tiada siapa pun dapat menolong, semuanya bergantung kepada amalan dan bekalan yang dibawa dari dunia. Saya hanya menyambung kerja Rasulullah SAW untuk membimbing manusia ke arah jalan yang diredai Allah. Itu sahaja, tiada matlamat lain.”
Facebook Ali pada masa ini mempunyai seramai 49,857 pengikut dan wadah perkongsian aktiviti serta ideanya, Street Dakwah Writer and Preacher – Ali Russia pula diikuti oleh seramai 12,259 orang.
Lelaki yang cukup dikenali dalam kalangan samseng dan artis yang berhijrah ke arah kebaikan ini bukannya ‘kecil anak’. Beliau merupakan bekas graduan Universiti North Carolina Amerika Syarikat dalam jurusan kejuruteraan. Selepas menamatkan pengajian kira-kira 25 tahun lalu telah memilih kerjaya dalam industri cari gali minyak dan gas di luar negara dengan syarikat terakhir yang disertainya ialah Chevron, sebuah syarikat multinasional.
Ditanya apakah rahsia di sebalik nama ‘Russia’, sambil tersenyum, beliau menjawab: “Saya berada (bekerja) lama di Russia, kira-kira 10 tahun, mungkin sebab itulah nama negara itu melekat dan menjadi trademark.”
SEPENUH MASA
Ali kini memperuntukkan seluruh hidupnya kepada kerja dakwah. Dalam sebulan, 15 hari keluar buat kerja dakwah dan 15 hari lagi bersama keluarga termasuk menguruskan tempahan sushi daripada pelanggan setianya.
Beliau tidak pernah sekalipun berasa menyesal kerana meninggalkan kerjaya yang memberikan pendapatan cukup lumayan. Baginya sudah memadai nikmat yang pernah dimiliki itu, saki-baki nyawa yang Allah pinjamkan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
“Syurga adalah benda yang terlalu mahal hingga kita tidak layak untuk meletakkan satu tanda harga yang selayaknya. Menjadi lumrah sesuatu yang mahal itu memerlukan satu pengorbanan tertinggi untuk mencapainya. Tempat besar (syurga), jadi kerja pun perlu besar.
“Kerja-kerja agama ini kewajipan semua orang Islam. Mungkin orang lain tidak sanggup, tetapi jangan bimbang kerana saya sanggup korbankan diri,” katanya yang turut menulis pelbagai buku mengenai kerja-kerja dakwah dengan menggunakan gaya penulisan santai dan bersahaja.
Sumber:utusanonline