Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Macam mana nak bahagia rumah tangga? Macam mana nak anak-anak dengar kata, baik soleh dan solehah?
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada ALlah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia
1.Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2.Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Rab-bij ‘al-ni muqimas salati, wamin dhur-riy-yati, rabbana wata qabbal du-a’ i
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3.Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua ahli keluarganya memeluk Islam
Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..
Semoga Bermanfaat. Sila Like & Share!
Sumber: indahnyaislam
Artikel berkaitan: Amalan Menjemput Rezeki Tengah Malam. Hanya Perlukan 1 Minit Masa Anda
BISMILLAH
Alhamdulillah. Kerana kita diberikan peluang sehari lagi untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan kesedaran bahawa, kita hanya menumpang. Kita hanya meminjam milik Allah. Nafas, udara, cahaya, angin, dan banyak lagi.. yang semuanya milik Allah. Bersyukurlah.
Rezeki datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar dalam bentuk duit, rezeki boleh jadi kesihatan yang baik, mungkin juga mendapat pasangan yang membahagiakan, mendapat anak yang soleh, dan diberikan ibu bapa penyayang.. itu pun rezeki.
Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam
Dari ceramah Ustaz Ebit Lew, ketika terjaga tengah malam, kalau dapat buat tahajjud itulah yang terbaik. Niatkan sebelum tidur untuk bangun tahajjud.
Namun jika penat sangat atau tak larat, dalam keadaan duduk, bacalah
Laa ilahaillahu wahdahu laasyarikalah. Lahulmulku walahul hamdu yuhyiwayumitu wahua’la kullisyai inqodir.
Diikuti dengan SubhanaAllah, Alhamdulillah, La ilahaillah, Allahuakbar, La haula wala quwwata illabillah. Dan berdoa.. Allahummaghfirli..(Ya Allah ampun kanlah dosa-dosaku.)
“Allah berkata kepada malaikat, lihatlah hambaKu bangun dan memujiKu di tengah malam, makaKu ampunkan semua dosa-dosanya. Dan mintalah apa hajat kita.”(Riwayat Bukhari)
Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa penyayangnya Allah hinggakan bila kita terjaga di tengah malam namun terlalu penat untuk solat Tahajjud, maka Allah beri kelapangan lagi cukup dengan zikir-zikir dan memujinya, sudah diberikan keampunan dan ditunaikan hajat yang dipohonkan. Mohonlah limpahan rezeki, mohonlah diluaskan pintu hidayah dan taubat untuk kita dan ahli keluarga. Insyaa Allah, doa-doa kita dimakbulkan.
Wallahua’lam. Insyaa Allah.
Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ
Sumber: islamitusempurnakanku