Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Warta Hud-Hud membawakan pembaca mengenai satu teknolgi akhir zaman yang dikatakan boleh mengawal cuaca dan menggunakan cuaca sebagai senjata untuk menyerang negara lain. Apakah ianya benar? Ikuti bicara Halaqah oleh Ustaz Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin ini…
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Zaman ini, orang mungkin tidak lagi menurunkan tentera untuk menyerang manusia lain. Tetapi orang menggunakan cuaca untuk menyerang sesebuah negara. Dan pasti tiada apa dapat dibuktikan serta orang akan mengatakan bahawa ia adalah sifat alam semulajadi. Adakah benar tsunami yang melanda Aceh dan Jepun berpunca dari alam semuladi?
Satu projek rahsia kerajaan Amerika (USA) yang digunakan oleh angkatan tentera Amerika dan beberapa buah universiti di Amerika yang terletak di Alaska merupakan senjata paling canggih digunakan manusia hari ini.
Teknologi ini mampu mengawal cuaca dan dikatakan sebagai teknologi Dajjal. Dajjal sebenar belum keluar, tetapi kejahatan hari ini adalah dari petunjuk dan ajaran Dajjal yang dilakukan oleh kelompok pemuja Dajjal.
HAARP bermaksud High Frequency Active Auroral Research Programme. Ia memanfaatkan atmosfera.
Dalam bidang sains, atmosfera mempunyai 7 lapisan iaitu:
- Troposfera
- Stratosfera
- Mesosfera
- Thermosfera
- Exosfera
- Ionosfera
- Magnetosfera
HAARP memanfaatkan lapisan ke 6 iaitu ionosfera dengan menembak gelombang elektrostatik ke ionosfera dan menyebabkan perubahan pada lapisan tersebut. Perubahan itu akan ke bumi semula dengan menggunakan teknologi dan menyebabkan perubahan cuaca.
Ketika HAARP diperkenal, ada kebimbangan dari saintis dan Kesatuan Eropah ia disalahguna. Amerika menafikan, dengan alasan ia untuk mengkaji cuaca dan memudahkan sistem komunikasi.
Tetapi bahagian penyiaran Kanada seperti CBC, History Channel dan Kesatuan Eropah mengatakan “tidak”. Jadi, apabila bertanyakan adakah teknologi HAARP ini dijadikan sebagai senjata cuaca di era Dajjal, ia mungkin terjadi.
Riwayat imam Muslim Sabda Rasulullah SAW :
“Dajjal merupakan seorang yang terkutuk yang akan mengatakan kepada langit, “wahai langit! Turunlah hujan.” Hujan pun turun. “Wahai bumi,! Suburlah kamu.” Bumi pun subur. ” – al- hadith
Ada ulama mengatakan bahawa Dajjal seperti membuat kerja tuhan kerana dapat mengarahkan langit dan bumi, tetapi pada hari ini, kita dapat memahami bahawa ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. Sebagaimana yang pernah ditulis oleh seorang tokoh Australia yang sudah memeluk islami iaitu Muhammad Assad. Beliau pernah bertemu ulama di Saudi Arabia dan telah menulis sebuah buku ‘The Road to Mecca’.
Beliau menyatakan dalam buku ini bahawa :
Dajjal merupakan satu makhluk perosak yang dilaknati Allah dan menguasai teknologi.
Jadi jika kita mentafsirkan Hadis seumpama ini, kepada penguasaan teknologi adalah tidak mustahil. Dengan cara ini, Dajjal dapat menguasai dunia. Dajjal sudah pasti tidak keseorangan, tetapi ada jemaahnya.
Berdasarkan Hadith Sahih…
“Antara orang yang menyokong dajjal adalah Yahudi Isfahan.” – al hadith
“Dajjal datang dari timur “- al- hadith
Perlu kita ketahui bahawa Yahudi Isfahan juga datang dari timur. Di samping wanita dan anak luar nikah. Ini adalah kelompok jemaah Dajjal.
Cuaca sedang berubah pada kadar yang luar biasa. Tempat yang tidak pernah turun salji dapat menerima salji, tempat yang tidak dijangka berlakunya tsunami, terjadinya tsunami. Apakah ini satu petanda bahawa dunia telahpun akhir zaman dan teknologi Dajjal telahpun mencapai kemuncaknya?
Serge Monast merupakan seorang wartawan dari Kanada ditemui mati kerana sakit jantung, namun, dalam rekod perubatannya, dia tidak mempunyai penyakit seperti itu. Bunyinya pelik. Serge Monast adalah wartawan pertama yang membongkar tentang HAARP ini.
Sedutan video Halaqah mengenai HAARP ini (minit 00:08:00) …
Sumber: Rancangan Halaqah ‘Kiamat Pasti Datang’ TV9
Sumber artikel : Warta Hud-Hud