(Video) Misteri Ikan Nun Dan Bagaimana Nabi Yunus Boleh Terselamat Selepas Ditelan Ikan Itu…

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Warta Hud-Hud membawakan kisah Nabi Yunus dan ikan Nun yang dipetik daripada website ikimfm.my. Apakah amalan yang diamalkan diamalkan Nabi Yunus sepanjang berada di dalam ikan Nun? Bagaimanakah Baginda boleh terselamat ketika dan selepas ditelan ikan Nun? Kami juga membawakan sedutan video kisah misteri ikan Nun. Rupa bentuk Nabi Yunus yang ditayangkan di dalam video tersebut adalah salah dan tidak menggambarkan rupa bentuk Nabi Yunus sebenar.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Berikut adalah petikan kisah Nabi Yunus…

RAKAMAN peristiwa Nabi Yunus a.s. dalam perut ikan Nun menjadi satu teladan utama untuk kita memahami dengan lebih dekat lagi akan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Mengimbas kembali saat undian untuk keluar daripada kapal dan terjun ke dalam laut, maka Nabi Yunus a.s. yang telah ditakdirkan menjadi pilihan Allah, telah terjun dengan rela ke dalam laut lalu ditelan oleh ikan Nun dengan izin Allah.

Related image

Pada kali ini, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman dalam rancangan Ibrah telah menyandarkan kisah ini menerusi Surah Al-Anbiya ayat 87 yang bermaksud, “Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Kemarahan Nabi Yunus a.s. meninggalkan kaumnya menjadi teguran Allah kepada rasulnya itu. Walaupun demikian, teguran Allah itu membuktikan kepada Nabi Yunus bahawa nikmat dan hidayah itu adalah kehendak Allah SWT dan kamu (Nabi Yunus) pun tidak boleh memaksa untuk orang beriman kepada-Nya.

Dalam keadaan kegelapan itulah suara seorang lelaki yang dirakamkan Allah SWT dalam perut ikan Nun bertasbih memuji Allah dan memohon ampun di atas kelalaiannya. Para ulama memberikan perincian bagaimana keadaan kegelapan yang dihadapi oleh Nabi Yunus a.s. itu.

Ibnu Kathir dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa kegelapan itu terdiri daripada tiga kegelapan yang nyata.Pertama, kegelapan di dalam perut ikan itu sendiri yang sempit. Kedua, kegelapan itu juga di dalam keadaan gelap di dasar lautan, dan ketiga pula kegelapan tanpa apa-apa cahaya seperti gelapnya malam.

Lafaz doa dan rayuan daripada Nabi Yunus A.S. seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya tiada Tuhan (Yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya diri sendiri” menjadi satu daripada teladan utama kita mendidik jiwa untuk melafazkannya seeaktu ditimpa ujian dan musibah.

Nabi Yunus a.s. telah mengakui kesilapannya dan memohon keampunan daripada Allah swt.

Para ulama berbeza pandangan, tentang lamanya masa dan tempoh Nabi Yunus a.s. berada di dalam perut ikan Nun itu.  Ada yang mengatakan sama ada dalam tempoh 3 hari, 1 minggu dan 40 hari. Walau bagaimanapun, teladan kisah ini melalui kisah Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Yunus itu.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 88 yang bermaksud, “Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

Tasbih yang diucapkan oleh Nabi Yunus a.s. itu diterima oleh Allah sebagai salah satu daripada kekuatan dan perkenan-Nya untuk mengeluarkan Baginda daripada perut ikan Nun itu. Sekiranya tiadalah Nabi Yunus itu untuk mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, tentu tidak akan terselamat dirinya daripada ujian itu.

Sebagaimana yang dinyatakan menerusi Surah As-Soffat ayat 143 dan 144, “Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah dia (Nabi Yunus) akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”

Nabi Yunus pun telah dicampak keluar daripada perut ikan ke daerah yang tandus (kontang). Ibnu Mas’ud menyatakan keadaan Nabi Yunus pada waktu itu seperti burung yang tiada bulu pada dirinya. Keadaan yang dihadapi oleh baginda itu adalah sunatullah kerana logiknya memang berada di dalam perut ikan yang sempit dan dahsyat kegelapannya.

(Sedutan video misteri ikan Nun diambil dari Youtube)

Kemudian, Allah telah menurunkan keajaiban kedua dengan memberikan tenaga pemulihan melalui tumbuhnya sejenis pokok yang berdaun lebar sebagai melindungi. Ibnu Abbas menyatakan pokok itu adalah pokok labu kerana pokok itu mempunyai khasiat untuk memperbaiki kerosakan kulit.

Ini sebagaimana firman Allah dalam Surah As-Soffat ayat 145 dan 146 yang bermaksud,  “Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.”

Related image

Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya bahawa daun pokok itu di dalam keadaan rendang serta buahnya di dalam keadaan baik (tidak tua dan muda) serta tidak terlalu mentah dan terlalu masak.

Image result for nabi yunus dan labu

Kemudian, kembalilah Nabi Yunus a.s. kepada kaumnya yang beriman kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih. (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).” (Surah As-Soffat ayat 147-148)

Demikianlah Allah memperihalkan tarbiah utama kepada Nabi Yunus a.s. untuk tidak meninggalkan kaumnya biarpun ujian besar menimpa kepadanya kerana dakwah yang dilaksanakan tidak dihiraukan. Peristiwa ini mendidik para pendakwah untuk terus berjuang walau apa juga keadaan sekalipun berlaku kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Benarlah bahawa doa itu sebagai senjata utama orang mukmin.

Sumber: Warta Hud-Hud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *