Mengapa Dianugerahkan Malam ‘Lailaltul Qadar’ Kepada Umat Ini. Ini Penjelasannya Menurut Para Mufassir

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini suatu kisah: Para mufassir ada menyebut asbab dianugerahkan malam ‘Lailaltul Qadar’ kepada umat ini, antaranya sebagaimana yang tersebut di dalam tafsir Ibn Katsir:

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

وقال ابن أبي حاتم: أخبرنا يونس أخبرنا ابن وهب، حدثني مسلمة بن علي عن علي بن عروة قال: ذكر رسول الله صلى الله عليه وسلم يوماً أربعة من بني إسرائيل عبدوا الله ثمانين عاماً، لم يعصوه طرفة عين، فذكر أيوب وزكريا وحزقيل بن العجوز ويوشع بن نون، قال: فعجب أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك، فأتاه جبريل فقال: يا محمد عجبت أمتك من عبادة هؤلاء النفر ثمانين سنة لم يعصوه طرفة عين؟ فقد أنزل الله خيراً من ذلك، فقرأ عليه: { إِنَّا أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ وَمَآ أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ } هذا أفضل مما عجبت أنت وأمتك، قال: فسر بذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم والناس معه

Dan telah berkata berkata Ibnu Abi Hatim:

Telah mengkhabarkan kepada kami Ibn Wahb, telah menceritakan kepadaku Maslamah ibn ‘Ali dari ‘Ali ibn ‘Urwah, dia berkata: Suatu hari Rasulullah Sallllahu Alaihi Wasallam telah menyebutkan kisah 4 orang lelaki dari kalangan Bani Israel. Mereka beribadah kepada Allah selama 80 tahun dan tidak sekali-kali mendurhakai Allah barang sekelip mata. Maka Baginda Rasulullah Sallllahu Alaihi Wasallam menyebut nama-nama mereka iaitu Ayyub ‘alaihis salam, Zakaria ‘alaihis salam, Hizqiil ibn ‘Ajuuz ‘alaihis salam dan Yusya ibn Nun ‘alaihis salam.

‘Ali ibn ‘Urwah menceritakan lagi: Maka para shahabat Rasulullah Rasulullah Sallllahu Alaihi Wasallam merasa kagum dengan amalam mereka (Ayyub, Zakaria, Hizqiil ibn ‘Ajuuz dan Yusya ibn Nun ‘alaihis salam). Maka datanglah Jibril ‘alaihis salam dan berkata: Wahai Muhammad! Umatmu merasa kagum dengan ibadah mereka selama 80 tahun itu tanpa mendurhakai Allah barang sekelip matapun. Sesungguhnya Allah telah menurunkan hal yang lebih baik daripada demikian itu.

Kemudian Jibril ‘alaihis salam membacakan firman Allah (yang bermaksud): Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailatulqadar (malam kemuliaan dan kebesaran); Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Malam lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan; (Surah al-Qadar: 1 – 3).

Ini lebih baik daripada apa yang engkau dan umatmu kagumi. Maka bergembiralah dengan yang demikan itu Rasulullah Sallllahu Alaihi Wasallam dan para shahabat yang bersama Baginda Rasulullah Sallllahu Alaihi Wasallam.

Malam Lailatul Qadr

No automatic alt text available.

Di sepertiga akhir Ramadan tersembunyi satu anugerah daripada Allah kepada umat Rasulullah Sallllahu Alaihi Wasallam berupa Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Semoga Allah mempertemukan hamba dan kalian semua pada malam yang penuh keberkatan tersebut.

Untuk mencari malam tersebut, maka marilah kita perhatikan nukilan dari kitab dari kitab al-Jauharul Mauhūb wa Munabbihatul Qulūb karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Wan Ali bin Wan ‘Abdurrahman al-Kelantani rahimahullah (Tok Wan Ali Kutan) – halaman 22 – 25 yang dicetak ditepi juzuk ke-2 kitab Sairus Sālikīn.

No automatic alt text available.

(Dan adalah) malam Lailatul Qadr itu pada Imam Syafie radiAllahu `anhu tersimpan ia didalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadhan tetapi pada malam kāsal (كاسل) [ganjil] itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang kāsal [ganjil] itu malam yang 21 dan malam 23.

(Dan yang rajihnya) bahwasanya malam Lailatul Qadr itu melazimi ia akan malam yang tertentu, maka tiada berpindah ia daripadanya seperti barang yang diriwayatkan dia daripada Ibn Abbas radiAllahu `anhu  bahawasanya malam Lailatul Qadr itu malam yang 27 kerana diambil daripada firman Allah Ta’ala

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ hingga سَلاَمٌ هِيَ

No automatic alt text available.

Maka bahawasanya kalimah هي itu 27 daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam Lailatul Qadr. Dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala neg[e]ri dan iaitu mazhab kebanyakan ahlul ilmi.

No automatic alt text available.

(Dan kata qil) bahwasanya malam Lailatul Qadr itu terpindah ia, tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ada ia pada 21 dan terkadang ada ia pada malam 25, demikianlah. Dan atas perkataan ini menjalani oleh orang shufi dan menyebut mereka itu akan dhobit dan kaedah bagi demikian itu, dan iaitu:-
Jika adalah awal puasa pada hari Jum’at maka malam Lailatul Qadr malam 29

(Dan jika) awal puasa pada hari Sabtu maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 21
(Dan jika) awal puasa pada hari Ahad maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 27
(Dan jika) awal puasa pada hari Itsnin maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 29
(Dan jika) awal puasa pada hari Selasa maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 25
(Dan jika) awal puasa pada hari Rabu maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 27
(Dan jika) awal puasa pada hari Khamis maka malam Lailatul Qadr malam 21

(Dan) telah memilih [Imam] Nawawi rahimahullah didalam [kitabnya] Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah, dan katanya [Imam an-Nawawi] didalam [kitab] ar-Raudah dan iaitu yang kuat. Intaha – Bajuuri.

(Dan tersebut) didalam Hāsyiah Fathil Wahāb:
(maka jika) awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam Lailatul Qadr malam 29,
(dan jika) awal puasa pada hari Itsnin maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 21,
(dan jika) awal puasa hari Selasa atau Jum’at maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 27,
(dan jika) awal puasa pada hari Khamis maka iaitu [malam Lailatul Qadr] malam 25
(dan jika) awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam 23 [jatuhnya] malam Lailatul Qadr

(Kata Abu al-Hasan – asy Shadhuli radiAllahu `anhu) dan pada masa sampai aku akan tahun laki-laki (yakni setelah beliau aqil baligh) tiada luput akan daku malam Lailatul Qadr dengan ini kaedah yang tersebut. Intaha – Barmawi dan Qalyubi. – Tamat petikan kitab –

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat teman-teman semua. Dan andainya tuan/puan, saudara/saudari menemui malam tersebut maka jangan lupa doakan hamba sang pendosa ini yang faqīr lagi haqīr …..

Sumber : FB Abu Zahrah Abdullah Thohir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *