“Jangan gelisah duit makin kurang. Walaupun kadang duit memang tak ada.” – Wanita ini kongsi tips supaya duit sentiasa ada

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Seperti yang diketahui umum, rezeki, jodoh, ajal dan maut semua telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita berada di dalam kandungan lagi. Rezeki yang sedikit namun diberkati oleh Allah adalah lebih baik jika dibandingkan dengan rezeki yang banyak tetapi tidak mendapat keberkatan dariNya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi tips untuk merasai rezeki itu sentiasa wujud walaupun dalam kesempitan hidup.

Menurut Fattin Khani, doa itu hendaklah diamalkan ketika mengeluarkan duit untuk membeli barang atau membayar hutang. Dengan izinNya, kita tidak akan berasa risau dan susah hati oleh kerana duit yang semakin berkurangan.

Sentiasa bersyukur walaupun tinggal RM1

 

Tak akan rasa susah hati pasal duit

Namun rezeki yang sudah ditetapkan bukan sekadar dalam bentuk harta dan wang ringgit semata-mata, malah nikmat kesihatan juga patut diambil berat sepanjang masa supaya kita mampu mencari rezeki dan menambah pendapatan ke arah kebaikan.

Sumber : Fattin Khani via ohmymedia.cc

Baca Juga : 5 Amalan Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Perolehi Keberkatan Rezeki Tidak Pernah Putus. Jom Kongsikan

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.

Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.

1. Bayar Hutang

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

2. Bagi Duit Pada Mak Ayah

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

3. Sedekah Punca Rezeki Berkat

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

4. Buat Baik Pada Binatang

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

5. Solat Dhuha

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Sumber : PelikDunia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *