‘Kenapa aku selalu mengalah? Aku sentiasa ingat segala pengorbanan isteri’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kesetiaan dan tanggungjawab merupakan kunci kepada kebahagiaan di dalam perkahwinan. Jika seorang suami melepaskan kedua-dua perkara tersebut, si isteri akan merasa keperitan dan menanggung segala bebanan. Tetapi jika kedua-dua pasangan dikurniakan pasangan yang baik, itu merupakan satu bonus kepada mereka.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Apabila melangkah ke alam perkahwinan, ada sesetengah isteri sanggup berkorban meninggalkan ‘dunia’ mereka sebelumnya demi tunaikan kewajipan kepada suami. Harta benda dan emas permata bukan lagi menjadi ukuran mereka tetapi kasih sayang dan perhatian seorang suami diperlukan kerana mereka tidak lagi mempunyai rakan untuk bercerita. Seorang suami pula tidak salah jika lunturkan sedikit ego mereka untuk memberikan perhatian kepada insan yang telah banyak berkorban buat mereka.

Rahman Marlis, berkongsikan tentang pendekatan yang digunakan untuk mengembalikan hati isterinya. Dia mengaku dia sering mengalah di dalam beberapa situasi kerana dia memikirkan isterinya telah banyak berkorban untuk dirinya.

ISTERI yang KERAS KEPALA dan GARANG ni sebenarnya TAK RAMAI, tapi BANYAK. Apa yang positifnya, mereka ni tegas dalam buat keputusan. Orang sekeliling nak hasut pun payah. Susah nak mempengaruhi mereka ni. Apatah lagi nak pikat hati mereka ni untuk dijadikan isteri.

The best thing here is one of them is my wife.

Perkahwinan aku baru setahun lebih. Normal untuk para suami dan isteri bergaduh kadang-kadang kan. Aku pun sekali sekala mudah melenting kalau tak kena masanya. Kita sebagai suami kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Jangan asyik mengalah, nanti nampak yang kita tak boleh memimpin dengan baik.

Ada ketika perlu mengalah, aku banyak mainkan peranan. Turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM. Sebab aku tahu keadaan akan jadi lebih keruh kalau aku cakap atau balas apa sahaja. Trust me. Woman always right. So layan kan saja dulu.

Suami kena ingat yang kita bukan perempuan. Kita takkan dapat faham mereka 100%. Perkara kecil pada mata kita, terasa sangat besar pada mata mereka. Jangan melawan, jangan ikut ego sebagai seorang lelaki pada ketika itu.

Aku ambil pendekatan untuk bertahan dan bersabar. Respon yang aku dapat sangat baik dan berkesan. Isteri makin berubah dan berubah.

Mostly bila bergaduh, dia akan cuba bertenang beberapa jam. Give her some time and space. Then, normally dia dengan sendirinya akan datang dan meminta maaf dan waktu inilah aku sebagai suami kena turunkan lagi ego ke tahap yang paling rendah. Aku tak akan hentam atau salahkan dia sebab pada aku inilah masa yang sesuai untuk aku bersikap tegas pada dia, sampaikan teguran yang sepatutnya kerana hati isteri betul-betul lembut ketika itu. Then, we forgive each other.

Pernah sekali dulu berperang agak besar tapi melucukan (my wife pregnant masa ni). Aku macam biasalah cuba mengalah. Ambil wuduk, solat. Selepas solat, tengok isteri dah tak ada kat rumah. Merata mencari, bawah katil, dalam peti ais, dalam tudung saji, belakang pintu, luar rumah, dalam kereta pun tak ada.

Handphone, beg, semua ada. Rupanya dia menyorok baring bawah teddy bear. Teddy bear itu pula memang lagi besar daripada dia, memang tak nampaklah. Itu pun dia sendiri bagi hint, buat bunyi dari gelang tangan dia supaya aku dengar dan datang pujuk dia. Aku dah on TV dah sebelum dengar bunyi gelang tu, game Liverpool dah nak start kot. Betullah orang cakap “perempuan merajuk sebab nak dipujuk”

Kenapa aku selalu mengalah? Aku sentiasa ingat segala pengorbanan dia. Dia banyak berkorban sejak hari pertama dia bergelar isteri aku. Dia seorang yang agresif, lasak, suka shopping, travel, independent, suka make up. Once she became my wife, dia tinggalkan semuanya termasuk minat dia dalam modelling sehingga dia berubah jadi apa yang dia dah jadi sekarang. Kalau aku di tempat dia pun, belum tentu aku boleh jadi sekuat dia.

My wife membesar di bandar besar Kuala Lumpur sejak kecil. Has a great job and suddenly after 4 months we married, we decide untuk dia berhenti kerja, be full time housewife. Berpindah menetap di Temerloh dengan tak ada kawan-kawan, dia bersedia menerima keluarga aku, menerima environment baru dalam hidup dia.

Akulah kawan dia akulah sahabat dia. I could be anything for her. So, aku rasa tak boleh nak kecewakan perasaan dia. Sebab itu aku banyak mengalah. Aku tahu jiwa dia kadang-kadang memberontak. Tapi demi kasih pada keluarga, dia bertahan. So dia jadi mudah marah. Lama kelamaan, bila dia dah dapat menyesuaikan diri dengan environment baru, aku nampak dia lebih selesa dan tenang.

A month before our first anniversary, kami dikurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah. Pengorbanan paling besar seorang isteri adalah melahirkan anak untuk suami tercinta. Aku ingat lagi ayat dia lepas selamat bersalin.

“Masa doktor suruh Ayu push lagi separuh anggota badan anak, sebenarnya Ayu dah abis nafas, dah tak kuat. Tapi kalau Ayu tak push, Ayu takut anak kita mati. Jadi Ayu tak fikir panjang, Ayu cuba sehabis boleh. Biarlah Ayu hilang nyawa, asalkan anak kita bernyawa,” katanya.

Aku ada kat sebelah dia, pegang tangan dia masa kat labour room. I feel it. Aku tak sesabar dia dan aku tak sekuat dia. Untuk tempoh perkahwinan kami yang baru setahun jagung ini, aku dan dia cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Aku bukan suami yang baik, tapi aku nak isteri yang baik. So aku berusaha menjadi baik.

Aku pilih untuk setia dan sabar. Tiap-tiap orang yang sabar, Allah dah janjikan ganjaran. Harap adalah ganjaran untuk si suami malam Jumaat ni.

KEEP CALM AND STAY BE A COOL HUSBAND.

Sumber: Rahman Marlis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *