‘Eh?! Ini macam chicken pox!’ – Doktor terkejut bapa bawa anak hidap cacar air ke pusat mainan kanak-kanak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ibu bapa seringkali diingatkan untuk tidak membawa anak yang menghidap penyakit berjangkit ke tempat yang ramai orang terutamanya kanak-kanak kerana bimbang penyakit itu berjangkit dan menyebabkan kemudaratan. Namun, masih ada segelintir ibu bapa yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Doktor Taufik Razif semalam berkongsi kejadian yang berlaku di sebuah pusat permainan kanak-kanak di mana seorang bapa membawa anaknya yang menghidap penyakit cacar air atau chicken pox ke pusat berkenaan. Biarpun sudah ditegur, namun lelaki itu tidak mengendahkan teguran itu.

Jangan Bawa Anak Chicken Pox Ke Tempat Bermain Kanak-Kanak!

TERKEDU saya bila isteri saya beritahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya.

Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti ke Kidzoona. Tempat itu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihatlah sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh, kan.

Tetapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya.

“Eh! Ni macam chicken pox!”

Terus kami report pada staff Kidzoona itu. Mereka terus nampak gelabah, mereka pun tak perasan kot. Kami dan staff Kidzoona terus mencari ayah kepada si adik ini. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni. Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ini nak membawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh saja. Hampir setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.

Kenapa saya dan isteri risau sangat? Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk saja agak-agak berapa orang budak kat dalam Kidzoona tu akan kena chicken pox itu nanti?

Penyakit ini memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ini akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung! Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ini boleh masuk sampai ke otak (Encephalitis) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!

p/s: Antara simptom chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema. Tolong jangan bagi isteri kita yang sedang HAMIL dekat dengan anak-anak yang kena Chicken Pox ini sebab sistem imun mereka tengah sangat lemah!

Sumber: Dr. Taufiq Razif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *