Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kisah seram di bilik 409 di Kolej Kenanga pernah menggemparkan netizen di media sosial. Kisah yang dikatakan berlaku pada awal tahun 2016 itu dilalui oleh dua pelajar kolej berkenaan Nur Amin Ramli dan Mohammad Sharkeizy Aqashah sehingga menyebabkan bilik itu ditutup.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Ahad lalu, pelajar yang masih tinggal di penempatan itu, Asyrafaa, mengakui dirinya juga mengalami pengalaman seramnya. Tetapi kali ini di bilik 411, aras empat, di tingkat yang sama dengan bilik 409.
Bermula dari terhidu bau pelik, kemudian diganggu ketika mandi awal pagi sebelum tidak sedarkan diri kerana ternampak ‘sesuatu’ yang menindih badan…
AKU kongsi pengalaman sebenar aku stay di Kolej Kenanga, floor sama bilik ini. Ada berani? Aku mulakan cerita seram aku ini dengan kebenaran sebab kebenaran tidak pernah menipu.
Al-kisahnya, bilik aku satu floor dengan bilik ‘saudara’ itu. Bilik aku 411, ‘dia’ 409 (gambar surat pejabat kolej tapi nama aku kat situ sepatutnya Asyraf).
Aku start masuk Kenanga sem 6 which is mostly setiap sem MPP akan dapat bilik kat kolej tu dan satu sebab lagi, Kolej Kenanga ini memang tak ramai yang acknowledge keberadaan kolej yang seram ini. Mostly akan cakap, “Eh? Kenanga bukan dah tutup ke?”
So nak dijadikan cerita, betullah kata penghuni bilik masa tu yang ada notis pendek ditampal di depan bilik “Bilik ini ditutup” serta ada secebis ayat suci Al-Quran tertulis ‘Bismillahirrahmabirrahim’. Aku yang lalu hari-hari kat situ tertanya-tanya juga kenapalah sampai tahap macam ni? Gusar… gusar.
Cerita dia, aku lagi gundah gulana apabila ada secebis ayat kursi dalam bilik aku sendiri. Lagipun betullah Islam pun ajar suruh letak ayat kursi serta ayat seribu dinar untuk menghindari gangguan makhluk halus seperti iblis dan syaitan dalam sesebuah rumah itu.
So Alhamdulillah bilik aku dah kena ‘pagar’ dari semua benda. InsyaAllah. So sini aku kongsikan sikit dari pengalaman pahit manis aku. By the way, for your information yang belum tahu dulu Kolej Kenanga ini kolej perempuan dan katanya sem inilah last kolej ini didiami. Selepas itu terus ditutup serta-merta.
Setiap malam aku rasa sama saja, iaitu almost setiap malam aku akan balik lewat malam. Tetapi tak malam jugalah, kira awal pagi jam 2-3 pagi sebab baru balik meeting MPP atau meeting budak engine yang selalu akan habis pada jam 2-4 pagi. Tak pun lepak dengan member di luar (dulu takde lampu court ni).
Tibalah satu malam ini, aku baru balik dari kerja part time di Kuala Lumpur. Balik sampai salam terus cau Kenanga. Kira tak lepaklah sebab barai teruk malam tu. Sampai Kenanga dalam jam 3.30 pagi. Siap park motosikal apa semua, aku naiklah tangga yang berjauhan dengan bilik 409 itu.
On the way naik tangga nak sampai ke aras empat itu, ada satu bau yang busuk giler. Bau dia macam bau tayam! (eja tayam secara terbalik). Sudahlah masa itu di papan tanda kolej ada poster rumah hantu perindu. Boleh pula diorang organize event hantu-hantu begini.
Aku usha gak sekeliling, tengok tak ada benda mati. I mean bangkai binatang or what so ever dan aku assume bau busuk balik kerja kot? Selepas itu, cepat-cepat aku ambil towel mandi untuk cuci dan segarkan badan sebelum tidur. Waktu itu hampir jam 4 pagi. Sebab itu berani dah, nak pagi kan.
Sedang syok mandi seorang diri, tiba-tiba bunyi shower sebelah terbuka juga. So kau relaks ah, ada geng mandi sekali jam 4 pagi. ‘Geng’ tadi itu, tutup lampu masa aku mandi. Aku cakap, “Eh bro, ada orang dalam ni. Buka! Buka!”
Kemudian ‘brader’ tadi buka tutup buka tutup lampu tu (dia nak ajak bermain). Sekali gus aku terus siapkan mandi aku dan keluar usha sekeliling luar tandas aras 4 dan usha bawah tu, tengok tak ada pula orang di sekitar tu (yang berlampu semua tandas dan atas sekali itu tangki air).
Sebenarnya aku pun goyang juga nak sambung cerita ini sebab aku pun tengah stay kat Kenanga ni sekarang ketika mahasiswa lain pulang ke kampung untuk cuti pertengahan semester. Tetapi untuk korang, aku suap jugalah secebis cerita misteri Kolej Kenanga ini (aras 4 yang tak ada orang). Aku sambung jugalah.
Selepas aku keluar dari tandas, aku usha atas bawah kiri kanan. Part paling lama aku usha, pondok inilah sebab aku memang suspicious teruk pondok ini sebab memang kadang-kadang ini port tempat orang main gitar malam-malam. So aku expect ada seorang dua jenis tak tidur lagi masa itu.
Tetapi dengan rasa janggal sekali, ada satu lampu di depan berhadapan tandas aras empat itu bernyala bak hang! Aku cuak namatey! Bukan apa, sebab situ bilik warden lama yang tidak berpenghuni which is dalam itu memang tak ada orang ler mat. Yang ada hanya perabot baru bersalut plastik lagi.
By the way, warden sini panggilnya Staff Residen Kolej (SRK). So bilik SRK lama itu yang juga tiada berpenghuni berdepan dengan bilik 409 dan juga bilik aku dengan member aku ni, 410. Mengikut rumors juga, katanya itu laluan ‘mereka’. Wallahualam.
On the way aku nak balik ke bilik masa itu, bau tayam tadi makin kuat pula. Malahan seakan-akan bau ikan kering yang basah berlendir dan sangat busuk. Kata hati aku, “Nak kata bau badan, dah mandi. Sambil berselawat dua kalimah syahadah dan juga ayat-ayat yang aku ingat, semua keluar.”
Bagi aku, siapa yang pernah hidu bau tayam saja yang tahu baunya macam mana. Senang cerita, bau macam benda yang dah mati tapi tak sebusuk bangkai haiwan. Tapi aku tak berani nak pergi usha apa dan siapa kat dalam pada waktu itu jam 4.30 pagi. Sebab aku rasa memang bukan oranglah nak buka lampu pagi-pagi buta. Lantas aku terus balik ke bilik untuk tidur,
Malangnya… Aduh, ini part paling scary.
Aku ternampak sekujur tubuh berbaring menindih member aku yang sedang tidur dalam gelap. Kau nak tegur, tapi kau tak boleh. Aku pun tak tahu kenapa sebab rasa cuak berbaur penat dan hampir tak sedar. By the way, walaupun bilik aku single tetapi aku duduk dua orang. Member tak dapat kolej, biasalah (ini dia).
Sedar tak sedar, aku tertidur sampai esok pagi atas lantai depan locker aku. Member aku kejut dan tanya, “Kau okey tak? Barai je ni.”. Aku jawab, “Okey je bro, biasalah kerja malam” dan aku terus berdiam diri dan rasa tidak perlu nak ceritakan kejadian semalam itu untuk masa terdekat.
So sampai situ sajalah sekadar cerita aku yang boleh disampaikan kepada korang semua. Bagi yang rasa was-was, aku alu-alukan hang pa semua check in semalaman di Kolej Kenanga ini. Tetapi jangka waktu satu malam itu mesti time tak ada orang la. Selalu cuti sem baru feel dia. Wallahualam.
Sumber: @asyrafaaa