Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kisah Sedih Seorang Ibu yang Mendermakan Telinga untuk Anaknya
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kisah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya tak pernah kering untuk dibincang. Setiap cerita tentang pengorbanan ibu pasti ada hikmah yang boleh diambil daripadanya. Mungkin itulah yang menjadi bukti, cinta dan kasih sayang yang paling ikhlas dari dalam hati yang pernah wujud di muka bumi ini.
“Nurse,” ibu itu memanggil jururawat yang berdiri berhampiran tempat tidur bayi yang baru dilahirkannya, “tolong dekatkan anak saya. Saya ingin memeluknya,” pintanya lembut. Oleh kerana proses melahirkan itu seperti orang pergi berjihad,si ibu belum mampu untuk banyak bergerak, walaupun untuk sekedar bangun dari tempat tidur dan menghampiri bayinya yang hanya jarak beberapa meter darinya.
Saat si anak selesa dalam dakapan, Si ibu dengan mata yang sayu melihat seluruh tubuh bayi yang baru dilahirkan tanpa kata.Sehinggalah matanya terhenti di bahagian telinga. Ketika itu nurse yang berada berhampiran ibu ini sedang menahan air mata dari keluar seakan dapat membaca apa yang ada dalam hati dan fikiran si ibu ini.Sehingga kan beberapa kali nurse terpaksa memandang ke bahgian luar bilik hospital dek kerana tak mampu menahan kelopak air mata dari menjurai membasahi pipi.Suasana dalam bilik rawatan sunyi hanya memperhatikan ekspresi ibu itu. Ternyata si ibu hanya tersenyum melihat wajah dan tubuh anaknya itu.Nurse disitu takut si ibu tidak mahu menerima bayinya itu.Mereka semua lega.
“Rupanya, si anak tadi lahir tanpa sepasang telinga”
Kasih seorang ibu,si anak itu dibesarkan dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu dan keluarganya bagai menatang minyak yang penuh. Si anak diberikan kata-kata semangat dalam menjalani hidup, termasuk rakan-rakannya yang suka mengejeknya kerana tiada telinga. Lantaran kasih sayang itulah, anak ini berkembang dengan amat baik dalam akademik.
Pernah suatu ketika, saat si anak sudah menjadi dewasa dan Berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara,si anak meminta ibu dan ayahnya supaya mencari penderma telinga.Padahal perkara itu telah lama diusahakan mereka sejak anak ini remaja lagi namun masih gagal mencari penderma telinga yang sudi mendermakan telinga walaupun dijanjikan saguhati yang lumayan.
Hingga akhirnya, sebelum anaknya berangkat ke luar negara, si ayah memberitahu bahawa ada orang yang baik hati yang bersedia mendermakan telinganya. Dalam hati yang riang gembira sempat si anak bertanya siapa insan yang baik hati itu namun si ayah menjawab dengan lemah lembut “Beliau tidak mahu diketahui identitinya sampai waktu tertentu.”
Operasi pun berjalan lancar. Si anak sangat gembira melihat dirinya yang terlihat lebih ‘sempurna’ berbanding sebelumnya. Selepas itu, si anak melanjutkan pelajaran di luar Negara sehingga berjaya kemudian pulang ke tanah air dan memperoleh pekerjaan yang bagus disamping bahagia bersama anak-istri dan pekerjaannya.
Sehingga suatu ketika, si anak teringat tentang penderma telinganya dan kembali mendesak si ayah untuk memberitahu siapa orang bermurah hati yang sanggup untuk memberikan telinga untuknya. Si ayah masih utuh dengan jawapan lama, “Belum waktunya kamu mengetahuinya.” Padahal, si anak hanya ingin mengucapkan terima kasih dan memberinya hadiah atas pengorbanannya.
Selepas 2 tahun, keluarga itu ditimpa berita duka. Si ibu telah meninggal dunia dengan tiba-tiba. Tapi begitulah kematian. Ia datang tanpa meminta izin dari sesiapa.Jika Allah memerintahkan untuk mencabut nyawanya tiada siapa yang boleh menghalang.Si anak sudah pasti sedih dengan berita kematian itu kerana si anak tak lama dari menjenguk ibu dan ayahnya di kampong dan kunjungan terakhirnya si ibu masih sihat walafiat.
Tibalah waktunya bagi anak dan si ayah untuk masuk ke dalam bilik jenazah. Memandikan. Tatkala air mulai membasahi kepala jenazah ibunya, terurailah rambut panjangnya. Ketika itu, si anak terpaku. kerana telinga ibunya sudah tiada.
Tanpa perlu dijelaskan, si anak seakan memahami apa yang terjadi. Sedihnya semakin menjadi, lemas seketika. Bahkan ia terus terduduk melihat peristiwa ini.berjujuran air mata si anak bila mengetahui hal yang sebenar. Tapi, mengapa harus telinga ibu? Demikian tanya si anak yang tak terjawab.
Ia baru menyedarinya, sebab selama ini, saat dia berada di luar negara, si ibu sudah lama memanjangkan rambutnya sehingga menutupi bahagian telinganya. Dan, tatkaa itu, meski tanpa telinga, sang ibu tetap Nampak cantik dan sempurna dalam pandangan anaknya. Begitulah kasih sayang seorang ibu yang tak terjangkau di fikiran anaknya sendiri.
Ah, jangankan telinga.jika nyawa boleh didermakan, Pasti si ibu sangup memberikannya untuk si anak jika benar-benar diperlukan dan tiada pilihan lain.Jadi kepada anak diluar sana sayangi ibu anda tanpa berbelah bagi.Jika masih hidup lagi berbaktilah dengan sepenuh hati hingga akhir hayatnya.Jika sudah tiada titipkanlah doa untuk ibu kita sebagai bekalan di alam sana.inshaaAllah.
sumber: kisahikmah.com