“Membantu Itu Mulia, Tapi Jangan Sampai Memalukan Budak-Budak,” – Pihak Masjid Terkilan Isu Viral 7 Beradik Ditinggalkan Ibu Bapa

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dibulan yang mulia ini, kita sebagai umat Islam harus sensitif terutamanya jika perkara melibatkan membuka aib atau memberikan komen-komen negatif melalui media sosial.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sekalipun niat itu dirasakan betul untuk membantu atau memberi kesedaran orang awam terhadap apa yang ingin disampaikan, tetapi kaedah serta cara harus betul. Tanpa kita sedar, perbuatan baik kita mungkin mencalarkan hati sesetengah pihak.

Hal ini berkaitan dengan satu status Facebook yang telah dimuatnaik oleh seorang individu yang bertujuan untuk memberitahu orang ramai agar turut sama membantu 7 beradik yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka ini.

Pun begitu, hal ini mendapat perhatian pihak pengurusan Masjid Al Muhsinin yang berpendapat bahawa tindakan itu tidak wajar kerana secara tidak lansung ia mengundang aib ahli keluarga kanak-kanak tersebut.

Ikuti perkongsian daripada pihak masjid seperti dibawah, semoga bermanfaat kepada kita semua.

Isu viral anak2 ditinggalkan mak di kampung raja …

Pihak pngurusan masjid al muhsinin, kamgpun raja amat trkilan dgn tndakan individu dan ngo’s yg berniat baik utk membntu tetapi TIDAK berlandaskan kaedah yang betul.

Membntu sangat-sangat dialukan tambahan pula di ramadhan yang penuh barakah ini, tetapi mngapa menimbulkan aib ahli keluarganya. Anak-anak ini masih mempunyai mak ayah serta saudara mara terdekat . Mengapa tidak dicari ahli keluarganya kemudian menyumbangkan atau dipanjangkan secara beradap melalui dermawan, agensi / jabatan kerajaan dan ngo’s tertentu.

Kini anak-anak viral yang semakin membesar dan ahli keluarga merasa malu bila ditanya kawan-kawan mengapa ibu mereka lari meninggalkan mereka ? malah dipersoalkan apa sebenarnya punca mereka ditinggalkan ?

Apa perasaan ahli keluarga terdekat bila aib mereka dipaparkan kepada umum ? Maruah ahli keluarga mereka tercalar dengan kaedah yang tidak berhati-hati untuk muncul menjadi ‘hero yang didendangkan.’

Tanggapan masyarakat bukan hnya dalam kariah kampug raja malah seluruh malaysia membayangkan pengurusan masjid tidak sensitif dan mempedulikan langsung hal kebajikan anak kariah kebetulan keluarga ini tinggal bersebelahan masjid sahaja.

Pihak ngo’s dan invividu tertentu mengambil tindakan TANPA merujuk dan bertanya terlebih dahulu duduk perkara sebenar latarbelakang keluarga ini melalui pihak masjid.

Pihak masjid telah mengesan kes ini sejak awal 2017 lagi dengan memberi bantuan sekadar termampu tanpa menyentuh sensitiviti dan maruah keluarga tersebut memandangkan anak2 ini masih mmpunyai bapa atau ketua keluarga.

Tindakan memasuki rumah dengan menyelungkar serta mengambil gambar tnpa keizinan ketua keluarga amat dikesali

Dipohon seluruh anak kariah faham isu sebenar dan diharap sama2 dapat memperbetulkan keadaan dan melindungi hak-hak keluarga ini.

Sekian

Sumber : siakapkeli.my

“Hantar Pukul 6, Pukul 7 Dah Berbuih. Jangan Gunakan Alasan Sedekah Buat Macam Ni. Kesian Anak Tahfiz Pula Kena Bersihkan Makanan Basi.

Jamuan pernikahan atau kenduri ini adalah salah satu tanda syukur pihak pengantin dalam menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila urusan perkahwinan dipermudahkan. Namun syukur itu tidak bernilai jika adanya perbuatan yang kufur.

Kufur kepada Allah swt kerana meletakkan harga mas kahwin dan belanja hantaran yang begitu tinggi kerana beranggapan status perlu diberi perhatian. Kufur juga berlaku apabila majlis itu digah-gahkan sehingga timbul riak dan mengakibatkan pembaziran.

Hari ini rata-rata budaya Melayu sudah melangkaui sunnah. Terlalu mementingkan adat raja sehari sehingga pembaziran juga dikira perkara biasa. Sudah jadi ‘trend’ orang-orang kaya dan pembesar pula dijadikan tetamu utama bukan orang susah atau fakir kerana itulah sunnah sebenarnya.

Apabila prinsip sunnah ini dipelihara dengan menjaga kebajikan orang susah, maka tercapailah kesyukuran majlis itu. Apa yang jadi hari ini sebaliknya. Orang susah atau anak-anak tahfiz dijadikan pilihan terakhir dengan sisa-sisa makanan berlebihan ‘disedekahkan’ kepada mereka.

Niatnya murni, ingin bersedekah, tapi lauk-pauk yang disedekahkan itu basi dan langsung tidak boleh dijamah. Terlihat keprihatinan tuan rumah itu sangat sedikit tanpa memikirkan sensitiviti anak-anak ini. Mungkin ada diantara mereka yang teringin sangat merasai lauk pengantin, namun akhirnya makanan tersebut tidak boleh dimakan.

Perkongsian daripada laman Kasih Till Jannah ini menceritakan bagaimana realiti ‘sedekah’ dengan niat mengelakkan pembaziran bertukar menjadi aib. Kesemua makanan yang diberikan basi malah periuk-periuk yang disertakan perlu dibersihkan oleh anak-anak tahfiz tersebut. Baca perkongsian dibawah ini semoga dapat dijadikan pengajaran bagi kita dan lebih sensitif terhadap pihak yang nak disedekahkan.

https://3.bp.blogspot.com/-SIr7EGw0JSw/Wpy09zUX7eI/AAAAAAAAFQc/OKSErjkRjfMWw2d4jIL-ZhwIbAgT-IdEgCLcBGAs/s1600/28575632_1996282803960168_5896245431105407142_n.jpg#FB

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dr lauk2 basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.

https://1.bp.blogspot.com/-bXsmxP_jXUU/Wpy1B1ikjwI/AAAAAAAAFQg/jBkxFAyreKMf-5Ycu8CVXIUP4N761gwUACLcBGAs/s1600/28577623_1996282863960162_642024835087404590_n.jpg#FB

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

Sumber/Foto : Kasih Till Jannah via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *