Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tak pernah pula terfikir untuk nak curi duit satu sen sebab kalau curi pun apa yang boleh dapat, betul tak? Daripada curi satu sen baik lah curi RM100 terus boleh lah beli kasut baru ke.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Tapi, pernah tak korang terfikir dengan mencuri duit satu sen ni boleh jadi jutawan? Ini adalah satu kisah benar yang terjadi pada tahun 1990 yang mengisahkan seorang pegawai bank yang bergaji biasa je menjadi kaya raya hanya dengan mencuri duit satu sen sahaja.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Kisahnya bermula di mana seorang lelaki bernama Aman Shah Ahmad yang berusia 24 tahun pada ketika itu bekerja sebagai pegawai bank di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut, KL dengan pendapatan sebanyak RM1,800 sebulan. Pada awalnya dia bekerja seperti biasa dan semuanya berubah apabila pihak bank menghantarnya mengikuti kursus komputer. Dari situ lah dia mula belajar selok-belok perbankan menggunakan komputer. Geliganya pemikiran dia sampaikan Bank Negara Malaysia sendiri pun tertipu dengan helahnya.
Dia telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti (SPEED) di bank berkenanan dan melakukan transaksi palsu dengan memindahkan satu sen dari setiap akaun pelanggan ke akaunnya sendiri. Semuanya dilakukan dengan mereka satu program palsu tanpa diketahui oleh pihak Bank Negara sendiri. Hebatnya!
Satu sen mungkin nampak kecil tapi cuba korang jumlahkan dengan beberapa ribu akaun untuk setiap hari selama beberapa tahun. Dia berjaya songlap sampai RM4.01 juta okay! Dengan satu sen boleh jadi RM4 juta, memang betul lah bak kata orang ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.’
Guna duit songlap untuk kumpul kereta mewah
Pandai betul pegawai bank ni gunakan duit curi dia tu. Dia telah berhenti bekerja di Hock Hua Bank tanpa disedari oleh pihak bank sindiketnya itu dan membuka syarikat sendiri iaitu Agensi Pengiklanan Bistro di KL. Dia juga turut membeli 6 biji kereta import yang amat mahal sekali. Tak pelik ke seorang pegawai bank dengan pendapatan RM1,800 sebulan boleh beli kereta mewah?
Berikut adalah senarai kereta-kereta mewah yang dimilikinya:
1) Lamborghini Countach
2) Mercedes Benz 300SL
3) Mercedes Benz 300E
4) Porsche 928 S4
5) Porsche Carrer
6) BMW 329i
Beraninya dia siap pamerkan kereta-kereta mewah tersebut di pusat pameran dekat Plaza Bukit Bintang dan yang paling hebat bila dia muncul dalam program bual bicara di TV3 menngenai minatnya pada kereta mewah.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
Alangkah terperanjatnya apabila bekas majikannya di bank menonton rancangan tersebut dan berfikir bagaimana pekerja dengan gaji RM1,800 dapat membeli kereta mewah. Dia kemudiannya meminta jabatan audit menjalankan audit terhadap kesemua transaksi di bawah nama dia dan memang benarlah dia songlap duit pelanggan! Sesudah kumpul kesemua bukti kukuh, mereka membuat laporan polis dan Aman Shah ditangkap di kondominium mewah miliknya di Bangsar.
Tak ada siapa sangka dengan hanya mencuri sebanyak satu sen sahaja boleh membuatkan seseorang itu jadi jutawan. Kalau sekarang cuba nak mencuri mesti dah kena tangkap dengan Bank Negara, sebab sistem makin canggih dan keselamatan makin tip top!
Sumber : Moshed.com/Maukerja.my via ohmymedia.cc
.
Sesungguhnya zina adalah hutang, yang sangat mungkin akan menyeret keluarga dan keturunan kita kelak. Apa maksudnya zina adalah hutang? Mari kita semak hadis Rasulullah berikut:
Abu Umamah menceritakan, “Suatu hari ada seorang pemuda yang mendatangi Nabi Shalallahu ‘alaihi wassallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan aku berzina!”
Para sahabatpun bergegas mendatanginya dan mengherdiknya, “Diam kamu, diam!”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallam berkata, “Mendekatlah”. Pemuda tadi mendekati beliau dan duduk di hadapan beliau.
Nabi Shalallahu ‘alaihi wassallam bertanya, “Relakah engkau jika ibumu dizinai orang lain?”
Tidak, demi Allah wahai Rasul” sahut pemuda itu.
“Begitu pula orang lain tidak rela kalau ibu mereka dizinai”.
“Relakah engkau jika puterimu dizinai orang?”. “Tidak, demi Allah wahai Rasul!”. “Begitu pula orang lain tidak rela jika puteri mereka dizinai”.
“Relakah engkau jika saudari kandungmu dizinai?”
“Tidak, demi Allah wahai Rasul!”
“Begitu pula orang lain tidak rela jika saudara perempuan mereka dizinai”. “Relakah engkau jika bibikmu dizinai?”
“Tidak, demi Allah wahai Rasul!”
“Begitu pula orang lain tidak rela jika bibik mereka dizinai”
“Relakah engkau jika bibik dari ibumu dizinai?”
“Tidak, demi Allah wahai Rasul!”
“Begitu pula orang lain tidak rela jika bibik mereka dizinai.”
Lalu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallam meletakkan tangannya di dada pemuda tersebut sambil berkata, “Ya Allah, ampunilah kekhilafannya, sucikanlah hatinya dan jagalah kemaluannya.”
Setelah kejadian tersebut, pemuda itu tidak pernah lagi tertarik untuk berbuat zina,” (HR. Ahmad).
Dari penjelasan Rasulullah dalam hadis di atas, kita boleh mengetahui bahwa ketika seorang lelaki berzina dengan seorang wanita, sama saja lelaki tersebut tengah menzinai seorang anak perempuan, seorang adik perempuan, seorang calon isteri, bahkan juga seorang calon ibu.
Sedarilah bahawa perempuan itu memiliki ayah yang tentu tidak rela anaknya dizinai, perempuan itu memiliki keluarga yang takkan berkenan dirinya dinodai.
Bayangkan apa rasanya jika kelak engkau memiliki anak perempuan dan anakmu itu dizinai oleh pemuda yang bermain-main saja dengannya? Bagaimana rasanya? Atau, bayangkan jika engkau menikahi seorang yang kau anggap baik, namun ternyata ia pun pezina seperti dirimu.
Maka berhentilah berzina, kalau tidak ketahuilah bahwa zina itu hutang, yang boleh saja mengharuskan keluarga atau keturunanmu untuk membayarnya. Na’udzubillah min dzalik.
Dalam suatu kisah, seseorang datang dan bertanya kepada Imam Syafi’i, “Mengapa hukuman bagi para pezina sedemikian beratnya?”
Maka wajah Imam Syafi’i pun memerah, pipinya merona delima. Lalu beliau berkata, “Kerana zina adalah dosa yang bala (besar risikonya). Akibatnya akan mengenai keluarganya, tetangganya, keturunannya hingga tikus dirumahnya dan semut di liang sekitar rumahnya.”
Orang itu kembali bertanya, “Mengapa pelaksanaan hukumannya dengan itu? Sebagaimana Allah berfirman, ” Dan janganlah rasa hibamu pada mereka menghalangimu untuk menegakkan agama.”
Maka Imam Syafi’i pun terdiam, ia menunduk lalu menangis. Setelah tangisnya berhenti, beliau berkata, “Sebab zina seringkali datang dari cinta dan cinta selalu membuat seseorang menjadi hiba. Kemudian syaitan datang untuk membuat kita lebih mengasihi manusia daripada mencintai-Nya.”
Lalu orang itu bertanya kembali, ”Dan mengapa Allah berfirman, “Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka (pezina) disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman? Bukankah hukuman bagi pembunuh, orang murtad dan pencuri, Allah tidak mensyaratkan menjadikannya tontonan?”
Seketika janggut imam Syafi’i basah, ia tergoncang. Lalu beliau berkata, “Agar menjadi pelajaran.” Ucapnya sambil teresak.
“Agar menjadi pelajaran,” Beliau tersedu.
“Agar menjadi pelajaran,” Beliau kembali teresak.
Kemudian dia bangkit dari duduknya dan matanya kembali menyala, dia kembali bersemangat dan berkata, “Sebab ketahuilah oleh kalian bahawa sesungguhnya zina adalah hutang. Dan sungguh hutang tetaplah hutang. Salah seorang dalam nasab/keturunan pelakunya pasti harus membayarnya.”
Semoga dapat menjadi pengingat bagi kita untuk menjauhi zina.
Sumber : kataustaz.com