‘Isteri Asyik Mengeluh, Membebel Kata Penat Padahal Duduk Rumah Je’ – Apa Yang Ibu Mertua Lakukan Buat Suami Menangis

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Suatu pagi ..

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aliff ke rumah ibunya , dan mengambil makanan..

Mak : Aliff Kenapa makan di sini. Isteri kamu tak masak ?
Alif : Masak mak
Mak : habis tu ..
Alif : Biarlah, saya makan sini, malas nak makan di rumah.
Mak : kenapa ? kamu ada masalah dengan isteri ?
Alif : Ya mak , dia duduk rumah tak buat apa pun.. saya yang penat, balik keje tapi dia yang asyik mengeluh dan membebel kata dia penat… penat buat apa je…

Mak : Memang isteri kau selalu mengeluh ke
Alif : tak lah hari hari , hari ini je .. bukan saya suruh dia pergi kerja luar sana , duduk rumah je pun .. jaga anak takkan lah penat..

Kemudian si mak telefon isteri nya dan kembali ke meja makan menemui Alif yang sedang makan

Alif : Mak dah marah dia ?
Mak : iyaa ..,

Esok Harinya..
Alif pulang ke rumah dari kerja.
Dengan rasa terkejut , dia nampak anaknya yang masih bermain pasir depan rumah dengan baju tidur. Yang sorang lagi main dekat longkang luar. Dengan selekehnya..

Dia panggil 2 anaknya ..

” Along , angah masuk dalam sekarang !! “

Masuk je rumah…
Terkejut habis dia.. tersandar di bingkai pintu..
Depan tv bersepah dengan mainan , pinggan depan tv bekas makanan .. dengan kain atas sofa.. lantai penuh cap kaki anaknya… bedak terabur , ada air manis tumpah …

Masuk ke dapur…
sekali lagi dia tersandar di jenang dinding …
terlihat dari jauh mesin basuh yang penuh dengan baju kotor..
pinggan dalam singki , makanan kucing terabur…

dia tanya anaknya…

” along, mak kat mana? ” .. along balas.. ” dalam bilik ayah “

Alif mula risau …
baru depan rumah dengan dapur macam tu …
inikan pula dalam bilik…

Perlahan Alif membuka pintu bilik …
terkejut melihat isterinya , atas kastil sambil golek main handphone dan dengar lagu guna earphone …

Aliff cepat-cepat ambil 2 anaknya …
dan menuju ke rumah maknya. Dalam keadaan marah..
dia tidak bertanya satu patah pun pada ibunya…

Sampai je ke rumah maknya..
Alif terus masuk dan hantar 2 anaknya ke dalam..
Baru dia nak mulakan percakapan….
Maknya mencelah..

” Iya Alif , mak sudah tau,,, mak yang suruh dia untuk membiarkan semua nya bersepah, mak yang suruh dia utk diam tanpa buat apa-apa kerja rumah…

biar dia cuti.. biar tidak memasak, biar tidak menyapu, tidak menyuci pakaian , tidak mencuci piring, tidak menjaga anak mu, tidak mengurus rumah …

Mak suruh dia biarkan semua..
Tanpa melakukan apa pun,,
Apa yang Alif rasa sekarang ??

Ada “ORANG LAIN” ke yang uruskan ANAK bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORANG LAIN” ke MASAK bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORANG LAIN” ke URUS pakaian Bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORANG LAIN” ke KEMAS rumah bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORANG LAIN” ke JAGA anak supaya rumah tak bersepah ..
apa ada yang mengurus itu semua jika isetri mu hanya diam dirumah ???

ADA “ORANG LAIN” BUAT KE ??

MAK RASA KAN …
Kalau Isteri Alif diberi pilihan …
Dia pun nak pergi kerja , dari duduk rumah …

Penatnya duduk rumah ni … Ingat senang ke ?

Kalau isteri Aliff minta tolong , rasanya aliff pun tak sanggup..
jangan kan 24 jam mengurus anak, 10 minit saja di suruh temankan anak main belum tentu Alif sanggup..

Alif rasa dia duduk rumah tak buat apa apa ke ?
Dia mengeluh tu , bukan apa , dia minta tolong je…

takkan isteri tak boleh nak mengeluh ..
jawab je lah “sayang nak abang tolong” itu pun dah cukup..

Sekarang ni Aliff nak tanya juga ke …
kenapa payudara istri mu kendor
kenapa isteri tak pernah make up..
kenapa isteri Aliff tak secantik perempuan luar sana..

Ni biar Mak beritahu..
Jangan pernah kau banding kan kecantikan isteri mu dgn wanita muda di luar sana,. kerana isteri mu sudah korbankan seluruh jiwa raganya utk mengabdi padamu

Jangan pernah banding kan payudara istri mu dgn payudara wanita muda di luar sana yg masih kencang tegak ..
kerana istri mu rela bentuk badan nya berubah demi anak anak

Aliff terdiam…

Dia baru sedar..
Yang dia silap. Dia tak nampak apa yang isteri dia lakukan…
Perjuangan seorang isteri hanya akan kelihatan , saat dia sudah tiada. Tapi waktu tu dah terlambat..

Dia Bersyukur , sebab maknya membuka matanya yang selama ini BUTA. Tak nampak apa yang isteri dia telah lakukan..

“Maafkan aku sayang ,,, “kata Aliff sambil menangis.

 

Sumber : Isteri Permaisuriku, Suami Syurgaku

.

Seorang Suami Mengadu Rezekinya Selalu Sempit, Jawapan Dari Ustaz Ini Buat Si Suami Terdiam

Ustaz Ebit Lew dalam satu posting di facebooknya membuatkan ramai suami bahkan isteri terkesan dengan penulisan beliau mengenai rezeki.

Beliau menulis kisah seorang lelaki yang mengadu rezekinya sempit, semuanya rasa tidak cukup, namun jawapan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew ternyata membuatkan sang suami terdiam dan insaf.

Jom kita baca, apa yang ditulis dan dikongsikan oleh beliau.

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?

Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak..

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar

Sumber : Ustaz Ebit Lew via PelikDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *