Inilah Doa Untuk Mendapat Lailatul Qadar, Andai Kata Ini Ramadhan Terakhir Kita Pastikan Lailatul Qadar Milik Kita Tahun Ni 

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Doa untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar | Kesempatan dan peluang dipanjangkan hayat pada bulan Ramadhan ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk memanfaatkan bulan mulia ini dengan memperbanyakkan istighfar, solat taubat dan doa kepada Allah سبحانه وتعالى bagi mengharap diampuni salah dan dosa disamping sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbaiki kesilapan diri agar dianugerahi malam al-Qadar.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah :~

Doa untuk dapat malam lailatul qadar.

Doa untuk mendapat malam Lailatul Qadar di atas dianjurkan agar dibaca berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha seseorang itu.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Umat Islam juga dianjurkan untuk sentiasa istiqamah dan menggunakan sebaik mungkin peluang pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan agar meraih kelebihan besar bulan mulia ini terutama di malam al-Qadar yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah سبحانه وتعالى dalam surah al-Qadr.

Firman Allah سبحانه وتعالى :~

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”

(Surah Al-Qadr: Ayat 3)

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya. Dan doa Aisyah adalah doa yang terbaik, kerana doa ini diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ buat isterinya tercinta Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr radhiallahu ‘anha. Oleh kerana itu, doa ini dianjurkan untuk dibaca berulang-ulang.

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Saiditina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar. Kata Aisyah, “Wahai Rasulullah sekiranya aku mendapat lailatul qadar, apakah yang patut ku baca? Lalu Baginda bersabda : Katakanlah Wahai Aisyah dengan mengatakan, “Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, ampunilah aku. Dengan kemurahan dan belas kasihan, ampunilah aku”.

Walaupun telah dianugerah dan meraih Lalilatul Qadar atau Malam Al-Qadar (Malam Kemuliaan) pada Ramadhan ini kita haruslah terus beristiqamah dan menggunakan sebaik mungkin melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى dengan penuh ketaatan dan sentiasa meningkatkan diri dengan ketaqwaan terhadap Allah سبحانه وتعالى.

Sumber: kasyah

Artikel Berkaitan: The Power of DOA, Tukar Cara Berdoa Dulu Barulah Hidup Jadi Lebih Baik

Macam mana cara berdoa yang kita biasa buat selepas solat? Doa dalam hati dengan hati yang penuh emosi atau sekadar sebut apa yang dah hafal asal baca?

Itu kena semak balik. Tetapi kalau boleh jangan jadikan syarat berdoa terlalu ketat seperti mengangkat tangan, perlu ada selawat sehinggakan kadang-kadang membuatkan kita malas untuk berdoa. Konsep berdoa itu sepatutnya lebih luas kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap hajat hamba-Nya.

Namun andai kata hati tak tenang dan apa yang dihajati masih belum Allah makbulkan, betulkan balik cara berdoa seperti yang Puan Sarah Bakhtiar kongsikan ini…
Cara Berdoa Yang Lebih Manis

Moga saudara-saudara yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya.

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..

Formula 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

“Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)’.

Formula ke 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

“Ya ALLAH *kurniakanlah* aku…”

Kerana apa? Jika kita sebut *beri* maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut *kurnia*, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

Formula ke 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,

“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Formula ke 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

‘Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ‘

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

Formula ke 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

‘Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’

Formula ke 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

‘Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..’

Moga Bermanfaat.

Sumber : siakapkeli.my

Artikel Berkaitan : ‘Saya Tertekan, Setiap Hari Berdoa, Tetapi Doa Tidak Makbul’ – Lama Menunggu Zuriat, ‘Alter’ Doa Mengubah Hidup Wanita Ini Selamanya

Setiap pasangan berkahwin sudah tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga. Namun kadang-kadang tidak semua yang dirancang berlaku seperti yang dimahukan. Ada suami isteri yang lambat dikurniakan zuriat sebagai satu ujian dari-Nya.

Selain berikhtiar pelbagai cara, jalan yang boleh diambil adalah berdoa dan meminta kepada Allah supaya dikurniakan rezeki menimang anak sendiri. Walaupun diuji sedemikian, cara seorang wanita, Liyana Kamal berdoa mengubah hidup dia dan suami 180 darjah kemudiannya.

Saya stress doa tak dimakbulkan Allah

Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah. Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa.

Tukar cara doa lebih bahagia, reda

Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya. Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.

Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.

Amin.

Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..

Allah reserve doa untuk jaga hubungan kita dengan Dia

Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…

Kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…

Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah

Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.

Sumber : Liyana Kamal via OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *