Hukum Kongsi Gambar Makanan Di Bulan Puasa Yang Ramai Masih Tak Tahu. – Ustaz Datuk Dr Mohd Izhar Ariff

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

HUKUM berkongsi iklan jualan makanan yang sengaja menggalakkan individu lain ponteng puasa adalah haram manakala memuat naik gambar makanan di laman sosial pada waktu yang tidak sepatutnya adalah makruh.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Itu penjelasan Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berhubung sebahagian perkara yang perlu dielakkan pengguna laman sosial sepanjang mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadan ini.

Mohd Izhar yang penceramah bebas berkata, bulan puasa mewajibkan semua umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, namun jika terdapat sebahagian golongan mengajak atau menggalakkan orang lain berbuka puasa tanpa sebarang sebab, hukumnya haram.

Beliau berkata, platform laman sosial Facebook dan aplikasi pesanan seperti WhatsApp kini mula disalah guna golongan tertentu sehingga ada di antaranya tergamak mengajak orang ramai untuk ponteng puasa.

Menurut beliau, biarpun pihak yang menjual atau menyebarkan maklumat jualan makanan itu tidak batal puasanya, namun mereka akan menanggung dosa sekiranya individu lain terpengaruh untuk ponteng puasa.

“Allah SWT menyuruh kita mencari rezeki halal dengan sumber yang halal. Ramadan, bulan mulia ini seharusnya kita rebut peluang dengan menggandakan pahala, bukannya mempengaruhi orang lain untuk membuat perkara mungkar.

“Saya nasihatkan golongan ini perkemaskan amal ibadat supaya kita terhindar dengan perniagaan yang terpesong. Malah orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang boleh menggoyahkan pendirian pihak lain, biarpun niat hanya sekadar bergurau,” katanya.

Ditanya berhubung hukum memuatnaik gambar makanan di laman sosial ketika Ramadan, Izhar berkata, hukumnya makruh.

“Jika sudah dekat dengan waktu berbuka bolehlah kita muat naik juadah berbuka. Namun jika dimuat naik pada waktu pagi atau tengah hari hingga menyebabkan orang lain teringin hingga sanggup ponteng puasa, hukumnya makruh.

“Seboleh-bolehnya elakkan daripada memuat naik gambar sedemikian,” katanya.

Sumber : MyMetro via kasyah.com

Korek Hidung Korek Telinga Batal Tak Puasa??Rupanya Masih Ramai Yang Keliru Tentang Persoalan Ini..Ini Jawapan Yang Tepat

Korek Hidung Korek Telinga Batal Tak Puasa??Rupanya Masih Ramai Yang Keliru Tentang Persoalan Ini..Ini Jawapan Yang Tepat

Ketika saya melayari internet untuk menambah ilmu dalam bab fikah berkenaan perkara yang membatalkan puasa,  ada satu tajuk yang amat menarik perhatian sehingga membuat saya tersenyum iaitu “batalkah korek hidung atau telinga ketika berpuasa ?”

Zaman saya masih kecil dulu, selalu diingatkan orang tua supaya jangan korek hidung atau korek telinga semasa berpuasa. Malah lebih teruk lagi, jangan telan air liur (ludah). Semua perbuatan itu akan membatalkan puasa. Saya jadi bingung, betapa susahnya berpuasa kalau air liur tidak ditelan. Makanya, saya selalu membuang air liur sehingga kering tekak saya. Hal ini membuat saya lemah dan ada ketika curi-curi menelan air liur.

Berbalik kepada topik di atas, saya ingin berkongsi agar kita tidak keliru tentang hukum korek hidung dan telinga ketika berpuasa. Batal atau tidak ? Soalan ini juga ditimbulkan oleh pelajar saya. Berbekalkan pertanyaan tersebut untuk lebih memahami, telah membawa saya melayari internet dan mencari perbincangan mereka yang fakeh dalam bab ini.

MANAKAH DALILNYA ?

Sememangnya tidak ada dalil yang jelas dari al-Quran atau al-Sunnah tentang larangan mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan puasa mungkin disandarkan kepada dalil berikut:

” Bersabda Rasulullah SAW, “Sempurnakanlah wudhu’ dan BERSUNGGUH-SUNGGUHlah dalam MENYEDUT AIR ke dalam hidung (dan menghembusnya) KECUALI jika kamu sedang berpuasa”

[Riwayat Ibn Majah di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab menyedut air ke dalam hidung…).]

PENJELASAN HADIS DI ATAS

Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” DIFAHAMI SEBAGAI DILARANG menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka ia membatalkan puasa. Kemudian kefahaman ini diluaskan kepada semua rongga tubuh yang lain berdasarkan qiyas (analogi) sehingga mengelirukan orang ramai.

Yusuf al-Qardhawi dalam FIQH AL-SIYAM, hal 117 dalam BAB MENELAN AIR LIUR TIDAK MEMBATALKAN PUASA menjelaskan fahaman ini TIDAK TEPAT kerana PENGECUALIAN yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW BUKAN kepada MENYEDUT AIR ke dalam hidung TETAPI  kepada “BERSUNGGUH-SUNGGUH” DALAM PENYEDUTAN tersebut.

Maksudnya ialah apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, TIDAK PERLU BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEDUT AIR ke dalam hidung kerana dibimbangi sedikit air akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.”

DALIL JELAS BATAL PUASA

Dalil berikut yang menjelaskan hukum batal puasa dari firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).

Merujuk kepada ayat di atas, bahawa mengorek hidung, mengorek telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa.

Tetapi hal ini masih memerlukan penjelasan SETAKAT MANAKAH TIDAK TERMASUK itu sehingga di anggap tidak membatalkan puasa.

PENDAPAT ULAMAK ?

Beberapa ulamak dikenal pasti berpendapat bahawa memasukkan sesuatu d idalam rongga tubuh, tidak membatalkan puasa. Aantaranya Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.

HAD YANG MENYEBABKAN BATAL PUASA

Menurut fatwa Syaikh Attiyah Saqr bahawa puasa tidak terbatal dengan memasukkan jari ke dalam telinga atau membersihkannya dengan cotton bud atau menitiskan larutan ubat ke dalamnya. Ini disebabkan (had 1) TIDAK ADA  YANG DAPAT MERESAP MELALUI GEGEDANG TELINGA dan SAMPAI KE KEPALA (OTAK). Selain itu, ia juga (had 2) TIDAK SAMPAI KE PERUT sebagai satu organ yang menerima makanan untuk menyuburkan tubuh.

JAWAPAN

Mengorek hidung dan mengorek telinga tidak batal ketika sedang berpuasa kecuali melampau DUA HAD yang dijelaskan di atas

Kredit: webctfatimah.wordpress.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *