Alhamdulillah. Bina masjid hasil jual ayam.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Yogyakarta: Bermula dengan menjual lima ayam kampung ketika bersekolah, Suciati Saliman Riyanto Raharjo berjaya membina masjid, impian yang di simpannya sejak kecil.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Wanita berusia 66 tahun yang kini jutawan dan memilik syarikat makanan di Indonesia, belajar berniaga apabila mengikut ibunya berniaga di pasar sejak kecil.

“Saya membonceng basikal ibu ke pasar dan selepas membantu ibu menyiapkan barangan jualan, terus ke sekolah.

“Apabila pulang, saya kembali ke pasar membantu ibu sebelum pulang ke rumah ketika hampir malam,” katanya kepada Kompas.com.

Menurutnya, di pasar itu tiada sesiapa menjual ayam siap diproses dan ibunya mencadangkan dia menjual ayam proses.

“Dengan sedikit modal diberi ibu, saya membeli lima ayam untuk diproses sebelum menjualnya kembali,” katanya.

Lama kelamaan perniagaannya semakin maju dan selepas tamat sekolah menengah, jualan ayamnya meningkat kepada ratusan ekor sehari.

Kini Suciati mempunyai kilang memproses ayam dan pengeluar pelbagai produk makanan berasaskan ayam seperti sosej, nuget dan burger.

Hasil perniagaan itu dia berjaya membina masjid mengikut rekaan Masjid Nabawi di Madinah di jalan Gito Gati, Sleman, Yogyakarta, yang boleh memuatkan 1,500 jemaah.

Sumber: hmetro.com.my

.

MENGEJUTKAN!! Inillah Kereta Mira Filzah Sebelum Menjadi Pelakon Terkenal

Kisah ini dipetik daripada blog Mira Filzah   sebenar yang menceritakan pengalamannya menaiki kereta yang dipinjam olehnya selama sehari.. Jom Ikuti pengalaman menarik daripada Mira Filzah ?

Ehem ehemmmmm, :’D Hahaha. Taaaakkk, bukan kereta baruuu lah. Pinjam sehari je! Mcm mana boleh pinjam? Haa sebenarnya Mira dapat test drive Toyota Vios 1.5selama satu hari ? Ambil kereta pagi, pulang balik pada esok harinya. Satu hari tu dah cukup best dah tu. Feelinnggg sangat, drive Toyata Vios sorang sorang. Terasa macam kereta sendiri pula :’D

Its really hard to describe lah apa yang Mira rasa. Haha. The moment you hold the car keys, mcm “Yeaaaaayyy!”, senyum sorang sorang. Mira jarang bawa kereta besar sebenarnya. Kereta sendiri pun kereta comel je, Vivy *nama panggilan* Hehe. Kalau bawa kereta mak abah pun, mak atau abah akan ada dkt sebelah tukang tengok tukang perhati. But this time, just me and its mine! (for a day) Haha. Tak ada mak abah nak monitor sekali. So nak manfaatkan “test drive” sehari yang diberi, sakan Mira jalan jalan pusing daripada Klang ke Shah Alam, ke Bangi. I love this car!

Terlalu banyak sangat benda yg menarik tentang Toyota Vios ni. Perkara pertama yg Mira notice pasal Toyota Vios ni, kunci kereta dia. “Ehh mana kunci?!”. Haha. Selalunya kalau nak start enjin, kena masukkan kunci kan, tp Toyota Vios dia tak ada kunci. Just a car remote. Nak start kereta, tekan button start tu je terus enjin pasang sendiri! And car remote tu boleh letak je dalam handbag all the time. Nak kunci kereta ke, unlock kereta balik ke, semua senang! Sesuatu yang baru kalau kita nak comparekan dengan kerete kerete brand lain ?

Untuk Mira, sebagai seorang perempuan lah, hehe memang susaahhhh sangat nak cakap pasal enjin lah apa lah, kami tak tahu apa apa pasal tu! :’D But usuallyyyyy, apa yg penting bagi perempuan and apaaa yg selalu dia notice dulu, cantik ke tak, senang nak guna ke tak, mcm key features dia and luas ke tak sbb yg penting selesa! Toyota Vios 1.5 ni dalaman kereta ni, (interior) semuanya hitam! Seat Toyota Vios pun, black leather seat. Mira suka sangat warna hitam and leather seat sbb nampak mahal! (itu of courseeee) dan exclusive ? Ruang kereta dkt belakang pun selesaaaa sangat! Ruang tempat letak kaki rata dan luas sangat. Bwk adik sedara naik kereta hari tu, sje bwk pusing2, tengah jalan jalan pusing2 tu boleh pula dia tertidur dkt belakang! Haa nampak sangat sedap tidur dkt belakang kereta tu :’D Untuk pengetahuan semua, seats ni juga boleh dilipat. So kalau nk ruang lebih, lipat je seats ?

Test drive satu hari memang rasa tak cukup. Kereta ni selesa sangat sampai sayang nak pulangkan balik! Definetly going to buy this bila dah kerja, dah ada duit sendiri nanti inshaAllah. I just love aaaaaall the key features in this car! Kereta ni nampak sexy okay! Haha. Bagi sesiapa yg nak beli kereta baru, haa nah. Ni cadangan pertama Mira! Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *