Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Setelah hampir tujuh bulan ‘berdiam diri’ dengan pernikahan kali empat yang berlangsung 1 April lalu, Datuk Jamal Abdillah, 58 tahun, akhirnya bersedia mendedahkan wajah isterinya, Zai Izzati Khairuddin, 23, kepada pembaca Mingguan Malaysia.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
JAMAL ABDILLAH dan isterinya, Zai Izzati Khairuddin.
Meskipun jarak usia 35 tahun di antara mereka, Jamal menganggap semua yang berlaku adalah takdir dan jodoh yang telah tersurat ke atas dirinya, diberikan rezeki untuk beristerikan orang muda.
“Sebenarnya, bukan mudah untuk berkahwin dengan orang muda. Saya kena mengaku yang perjalanan hidup kami penuh dengan warna-warni. Usia perkahwinan pun masih baharu sangat dan macam-macam perkara perlu dipelajari oleh dia.
“Dia masih muda dan kebanyakan perbuatannya juga sama seperti orang lain yang seusia dengannya. Sedangkan saya sudah lebih 50 tahun, banyak yang berbeza. Saya pula lebih old school, jadi tentulah ada beberapa perbuatannya yang saya kurang berkenan.
“Tetapi sebagai suami saya tegur apa yang salah dan memperbaiki segala kekurangan. Saya anggap ini tempoh masa untuk kami menyesuaikan diri dan membetulkan kesilapan satu sama lain,” kata Jamal ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Menariknya perkenalan dengan isterinya hanya berlangsung selama sebulan sahaja sebelum mereka mengambil keputusan untuk mengikat cinta dengan perkahwinan. Meskipun ada yang menganggap tempoh tersebut sangat singkat untuk menilai hati budi masing-masing, Jamal melihat sebaliknya.
Dedah penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, dia tidak membuat keputusan tergesa-gesa ketika itu.
“Hubungan kami sangat istimewa memandangkan tidak bercinta lama seperti pasangan lain. Masa berkenalan dahulu pun tak selalu bertemu dan hanya berhubung melalui telefon. Sebab itu saya sering ingatkan dia yang hubungan kita perlu matang, dia perlu belajar untuk menjadi wanita yang lebih baik.
“Kami bercinta selepas nikah sebenarnya. Tapi ‘berbalah’ tu tetap ada dan itu merupakan perkara biasa dalam rumah tangga. Bukan senang nak berkahwin dengan orang muda,” katanya dalam ketawa.
Jamal sebelum ini pernah menikahi Basariah Abdul Latiff tetapi bercerai dan berkahwin dengan Noraina Mohd. Yusof sebelum Fatimatuzahrah Samad yang juga berakhir dengan perceraian.
Melalui perkahwinannya, penyanyi pujaan ramai itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 16; dan Ahmad Zaki Yamani, 10.
Inilah rupanya gambar wajah sebenar anak teruna Jamal Abdillah, Osama Yamani yang terlajak kacak&tampan persis pelakon sinetron Indonesia!
RUPA-RUPANYA 10 ARTIS MALAYSIA YANG ADA ‘BAU-BAU BACANG’ SESAMA ARTIS YANG KORANG TAK TAHU!
Industri hiburan di negara kita mempunyai ramai artis-artis yang berbakat besar dan industri ini juga tidak putus-putus melahirkan anak seni tidak kira golongan umur.
Tapi korang tahu tak yang ada di antara artis-artis di negara kita ini yang mempunyai ‘bau-bau bacang’ atau pertalian darah sesama artis?
Ok jom MH kongsikan dengan korang lapan orang selebriti yang mempunyai pertalian darah.
1. Datin Eina Azman anak saudara kepada Juliza Adzlizan
2. Datuk Rosyam Nor sepupu kepada Faizal Hussein
3. Scha Alyahya anak saudara kepada Sheril Aida
4. Ernie Zakri anak saudara kepada Anuar Zain
5. Johan Raja Lawak anak saudara kepada Salih Yaacob