Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap & Lembut, Kalau Ikut Tip Dari Wanita Ini Anda Akan Dapat Hasilnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan ‎Mastu‎ra Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom tiru…

Tak ada resepi havoc nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.

Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.

Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahan bahan yang diperlukan:

1)Beras (cap apa pun tak pe)
2)Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
3)Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
4)Daun pandan

Cara:

Basuh beras macam biasa, pastu masuk kan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.

Tips sukat air :

Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.

Ok tu je resepi simple saya #SHARE la kalau rasa bermanfaat.

Sumber mingguanwanita

.

“Dahlah Comel,Bijak Pulak Tu”-Netizen Puji Yusuf Iskandar Makin Membesar Semakin Bijak

Rasanyatidak perlu di perkenalkan lagi siapakah si cilik yang bernama Yusuf Iskandar ini. Sejak dia di lahirkan, sangat ramai peminat di seluruh Malaysia telah follow akaun Ig beliau sehinggakan ianya mencecah lebih dari 2 juta. Anak kepada Hairul dan juga Hanis ini di katakan punya tarikan tersendiri kerana dia merupakan seorang bayi yang bijak dan pandai bergaul mesra dengan orang lain.

Hidupnya yang membesar bersama dengan Bujibu membuatkan lagi ramai orang terpaut apatah lagi mereka yang menjadi pencinta kucing. Kemesraan Yusuf dengan Bujibu itu membuatkan ramai yang melihat mereka punya hubungan yang sangat istimewa. Kini Yusuf sudah makin membesar dan sering mendapat tawaran dari pihak tertentu untuk menjadi duta.

Ramai yang memuji Yusuf kerana dia di lihat sebagai seorang anak yang mudah mendengar arahan, suka belajar, tenang dan pandai mendisiplinkan diri. Dari segi pemakanan, Hanis dan suami banyak mendidik Yusuf untuk makan makanan yang baik untuk kesihatannya. Yusuf juga memilih brokoli sebagai makanan kegemarannya.

Video yang menyaksikan Yusuf belajar dengan ibunya ini membuatkan ramai yang memuji betapa bijaknya Yusuf Iskandar. Dia di lihat fokus ketika membuka bukunya dan tetap memberi perhatian untuk setiap soalan yang di ajukan oleh sang ibu.Yusuf ini memang comel kan?Semoga makin membesar sebagai anak yang bijak dan sukses ya!

Sumber : Ig Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *