Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Asssalamu’alaikum wwt
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Pada kebiasaannya, penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin akan ada tanda-tanda tersendiri. Pesakit perlu peka akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Dalam tulisan ini, saya akan menyenaraikan beberapa tanda yang menunjukkan penyakit yang terkena gangguan jin.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A’in):
Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah.
Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal.
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
Bau nafas yang terlalu busuk.
Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya.
Bayi kerap menangis.
Belakang tengkuk / bahu terasa berat.
Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah.
Bermimpi bayi / kanak-kanak
Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat)
Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat)
Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah.
Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah.
Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap.
Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran.
Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas.
Kaki atau tangan berasa berat.
Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas.
Kemurungan yang berpanjangan.
Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
Malas mengerjakan Solat dan beribadat
Marah secara keterlaluan / panas baran
Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
Mengantuk bila dengar Al-Quran
Mengunyah gigi sewaktu tidur
Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
Mimpi apa jua yang menakutkan
Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Nafsu seks yang melampau / tidak normal
Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
Sakit bebola mata
Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
Sakit jiwa / mental / gila
Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
Sakit perut tanpa sebab klinikal
Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
Suka bangun tidur selepas tengahari
Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
Suka tidur pada siang hari
Sukar mendapat jodoh
Sukar mendapat zuriat
Sukar tidur malam
Tanda lebam pada anggota badan
Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
Terasa bahu ditepuk dari belakang
PERINGATAN:
Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) tanda yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan sukar untuk disembuhkan. Wallahua’lam.
Rujukan:
http://akubukandukun.blogspot.my/
https://www.facebook.com/akubukandukun/