Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Selain Kubur Manusia Terdapat 8 JENIS KUBUR Lain Yang Wujud Atas Dunia Ini. Mesti Anda Semua Nak tahu kan….
Kubur Sauh
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Cemiterio das Ancoras atau Kubur Sauh di sebuah bukit pasir Pulau Tavira. Kubur Sauh ini sengaja dibangunkan untuk mengenang kejayaan tradisi menangkap ikan tuna dengan jaring besar dan sauh, teknik memancing yang ditemui oleh bangsa Fenisia.
Tavira digunakan untuk menjadi tempat khas untuk memancing ikan tuna dan mereka mendirikannya sebagai peringatan selepas ikan-ikan tuna meninggalkan pantai.
Kubur Kereta Api Antik/Lama
Salah satu lokasi tarikan pelancong di Uyuni, Bolivia adalah salah sebuah perkuburan kereta api antik. Pada masa dahulu, lokasi ini adalah bandar yang digunakan sebagai pusat pengedaran untuk kereta kereta api yang membawa mineral dalam perjalanan mereka ke pelabuhan Lautan Pasifik.
Landasan kereta api didirikan oleh pihak Inggeris yang tiba pada akhir abad ke 19 dan membentuk sebuah komuniti yang cukup besar di Uyuni. Pembangunan rel dimulakan pada tahun 1888 dan berakhir pada tahun 1892.
Sebahagian besar kereta api digunakan oleh syarikat perlombongan. Namun, pada tahun 1940an, industri perlombongan mengalami kejatuhan kerana kehabisan mineral. Banyak kereta api telah ditinggalkan sehingga menjadikannya sebagai kubur kereta api terbesar di dunia.
Kubur Kereta
Disebuah bandar perlombongan di Selatan Sweden, anda boleh melihat sebuah perkuburan 1000 kereta klasik dari tahun 1950an.
Lokasi ini didirikan oleh dua bersaudara untuk menyimpan kereta yang ditinggalkan askar semasa Perang Dunia Kedua. Mereka kemudian meninggalkan tapak ini pada tahun 1990an.
Kereta-kereta klasik yang telah berkarat itu berasal dari jenama ternama seperti Opel, Ford, Volvo, Buick, Audi, Saab dan Sunbeam. Model kereta yang ada disana boleh dikatakan sangat mewah sewaktu era tersebut.
Ditempat ini anda juga boleh melihat pokok-pokok yang tumbuh disekitar badan kereta dan lumut meliputi kerusi dan roda pemandu. Kenderaan-kenderaan ‘vintage’ dianggarkan bernilai lebih 100,000 pound sterling.
Ada pihak tertentu di Sweden mahu melupuskan kereta-kereta ini namun para pencinta alam sekitar mempertahankannya.
Kubur Kapal Laut
Perkuburan bangkai kapal laut ini terletak di Teluk Nouadhibou, Mauritania. Salah satu perkuburan paling unik di dunia ini merupakan bangkai kapal terbesar yang ada sehingga kini. Sekiranya berkunjung ke sini, kita akan melihat ratusan kapal bersaiz gergasi terdampar di lokasi ini.
Fenomena kapal yang dibiarkan di sini sudah bermula sejak tahun 80an lagi. Petugas pelabuhan pada masa itu akan menerima sejumlah wang dari pemilik kapal yang mahu membuang kapal-kapal mereka yang sudah rosak dan tidak lagi digunakan.
Nouadhibou merupakan salah satu lokasi paling miskin di dunia. Sehingga kini terdapat ramai penduduk yang menjadikan kapal-kapal buruk tersebut sebagai tempat tinggal.
Kubur Kapal Terbang/Jet Pejuang
Sebuah kawasan gurun seluas 1,052 hektar di Pangkalan Tentera Udara Davis Monthan, Tucson, Amerika Syarikat dijadikan tempat menyimpan 4,200 pesawat lama termasuklah jet pejuang yang bernilai AS$35 bilion (RM$118 bilion).
Ia dijadikan alat ganti untuk pesawat yang kini digunakan oleh Tentera Udara AS. Enjin, peluru, pendawaian elektrik dan elektronik pesawat lamaakan dikitar semula untuk mengurangkan kos penyelenggaraan pesawat-pesawat lama.
Pada tahun 2005, kakitangan di pusat itu mengitar semula lebih 19,000 komponen pesawat-pesawat tersebut yang bernilai AS$568 juta (RM$1.9 bilion).
Gurun itu merupakan tempat paling sesuai untuk menyimpan barang besi kerana kelembapan yang rendah menyebabkan badan pesawat tidak dipenuhi karat.
Sebahagian besar adalah pesawat tentera udara dan laut. Pangkalan itu adalah rumah bagi pesawat tempur F-4, F-15, F-16, F-18 dan dan banyak lagi pesawat tempur yang lain. Pihak tentera menjadikan gurun ini sebagai tempat simpanan pesawat sejak 60 tahun yang lalu.
Kawasan gurun yang unik ini pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Transformers.
Kubur Mesin Penjual Automatik/Vending Machine
Perkuburan mesin penjual automatik di Tamamura, Gunma-ken, Jepun. Mesin menjual automatik ini adalah mesin buruk yang disimpan kerana membazirkan tenaga elektrik. Ini kerana elektrik diperlukan selama 24 jam untuk mesin-mesin ini beroperasi menyejukkan atau memanaskan minuman.
Kubur Teksi
Lokasi perkuburan bangkai teksi ini terletak di pertengahan kota Chingqing, China. Alasan teksi-teksi ini dibuang sebenarnya cukup klasik, pencemaran udara serta adanya alternatif kenderaan yang lebih murah.
Kubur Kereta Kebal
Di luar kota Kabul, Afghanistan, kita akan melihat pemandangan luar biasa ini. Kereta Kebal yang telah ditinggalkan oleh tentera Soviet selepas kegagalan menakluki Afghanistan pada tahun 70-80an.
Kereta-kereta Kebal itu sekarang telah menjadi tempat yang popular bagi warga Afghanistan mahupun pelancong yang berkunjung ke situ.
Kredit : SEPAT