Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, a�?Rasulullah SAW menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah SAW maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama.a�?
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Saf+Kanak-kanak
Ayahku berkata, a�?Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.
Setelah selesai solat, para sahabat bertanya, a�?Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyua�?.
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda, a�?Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiria�? [HR. Nasaa��i no. 1141].
Pengajaran yang patut a�?Ultra Konservatif Melayu Nusantaraa�? ambil dari hadis di atas:
Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang
1. Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.
2. Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.
3. Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.
4. Tiada istilah a�?putus safa�? jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.
Saf+Kanak-kanak [3]
5. Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?
6. Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.
7. Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.
8. Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.
Saf+Kanak-kanak [4]
9. Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, bertanggungjawablah terhadap anak masing-masing.
10. Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana mudahkan penculikan berlaku.
Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu penculikan berlaku sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang.
7 Khasiat Tomato Untuk Wanita
Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa ‘menghapuskan’ masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut.
Jom selongkar kelebihan sayur ini untuk dunia kecantikan.
1. Kikis lingkaran gelap di bawah mata
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah.
Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah.
Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi.
Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang roma
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah.
Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.
Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis.
Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.
Untuk masalah kelemumur, sapukan kulit kepala dengan tomato yang dilenyek. Perap selama 15 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, rambut akan menjadi sihat, bersinar dan kulit kepala juga bersih.