Kisah Yang Di-Pertuan Agong Sahur Bersama Rakyat Di Atas Tangga Masjid Sampaikan Imam Sebelah Terkejut!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

KISAH YANG DI-PERTUAN AGONG SAHUR BERSAMA RAKYAT DI ATAS TANGGA MASJID SEHINGGA IMAM SEBELAH MELIHAT KEHAIRANAN

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada tahun Disember 12, 2016 menggantikan DYMM Sultan Abdul Halim.

Sebelum menduduki takhta tertinggi DYMM Yang di-Pertuan Agong, baginda memang dikenali rakyat marhaen sebagai seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra, 47 merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai kita, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat kehairanan.

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?

Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam.

Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

Sumber : Himpunanmedia

‘Asal Kelakar Sangat?’- Netizen Terhibur Lihat Jinggo Kenakan Anak

Saksikan Video Penuh Di Akhir Artikel

Masuk bulan Ramadan ni, perkara yang ditunggu-tunggu tentunya masuk waktu berbuka puasa. Masa itu, memang nafsu makan tu mesti membuak-buak kan?

Admin percaya mesti ramai yang ada cara masing-masing sementara menunggu waktu berbuka kan? Ada yang tengok TV, main game dan juga tidur.

Cakap pasal tidur, Admin terhibur dengan video perkongsian pengarah terkenal, Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusly di laman Instagramnya apabila dia mengenakan anaknya yang sedang tidur.

“Assalamualaikum Malaya, Ramadan Al-Mubarak Malaysia di mane saje kome berade. Cereka Tok Sidang hari ni pasal permintaan Geng Tok Sidang yang nak teman ‘prank’ si abang.

“Si Adek @luthmikhail20 dah payah, dah dapat baca akal Tok Sidang dah! Hari ni baru dapat cantik punya time.

“Nah amek followers @uzairhaqimy69 yang tak henti-henti request Tok Sidang kacau abangnye pulok. @uzairhaqimy69 masih angin dgn Tok Sidang ni,” tulisnya.

Alahai, kesian pula Admin , abang terpinga-pinga dikacau bapanya, lepas itu kena bebel pula dengan mamanya.

Turut terhibur dengan video tersebut adalah para netizen. Menerusi pemerhatian Admin di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa simpati pada anak Jinggo dan Sheila.

Adoy, nasiblah dapat bapa suka mengusik ya. Apa-apapun Admin memang sangat terhibur dengan video tersebut.

sumber: IG Jinggo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *