HUKUM LELAKI PEREMPUAN BERMESRA DI GROUP WHATSAPP

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hukum Lelaki Perempuan Bermesra Di Group Whatsapp. Teknologi dicipta untuk memudahkan manusia, menghubungkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat tetapi jika tersalah guna pastinya mengundang padah. Sebagai contoh aplikasi dalam talian seperti Whatsapp yang pastinya ada di setiap telefon pintar masing – masing. Tapi bagi yang tidak tahu, whatsapp adalah sebuah aplikasi di telefon pintar yang membolehkan pengguna menghantar mesej, fail, gambar, video dan lain-lain dengan pantas tanpa menggunakan kredit tetapi hanya menggunakan internet.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aplikasi whatsapp ini bukan hanya digunakan oleh anak muda, tetapi golongan dewasa dan veteran juga ada yang menggunakan aplikasi ini. Selain itu, dalam aplikasi whatsapp membolehkan penggunanya membuat group sama ada untuk keluarga, kawan sekolah, kawan tempat kerja, untuk jual beli barang, sembang kosong dan sebagainya. Tetapi lama kelamaan akibat terlalu kerap bersembang di group, kemesraan pun terjalin di antara mereka tanpa mereka sedari termasuk mereka yang sudah berkahwin.

Ada satu persoalan yang diajukan kepada Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkaitan isu ini,

Soalan:

Assalamualaikum wbt,
Tuan, saya mahu bertanya. Bermesej dengan laki orang, bini orang ikut berwhatsapp dalam group whatsapp sekolah bolehkah ustaz? Kalau tengok begini, group bercampur lelaki dan perempuan, dan meleret mesej dia. Lama-lama, galak gatalnya. Baik lelaki, baik perempuan.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,
1. Bermesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram hukumnya sama dengan bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Maksudnya hukumnya adalah dibolehkan jika ada keperluan, seperti jual beli dan seumpamanya.

2. Jika kandungan masej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu ialah perkara-perkara mustahak atau perkara-perkara yang perlu seperti jual beli atau seumpamanya maka hukumnya adalah harus. Cuma perlu disingkatkan setakat mustahak sahaja dan bukan berleretan perkara tersebut sehingga menyeronokkan nafsu.

3. Sekiranya telah sampai tahap bermesej seperti didalam pertanyaan diatas maka jelas hukumnya adalah haram.

Related image

Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya yang pasti akan dijalaninya. Kedua mata zinanya adalah melihat, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lidah zinanya adalah berbicara, kedua tangan zinanya adalah menyentuh, kedua kaki zinanya adalah melangkah, dan hati pula berkeinginan dan berangan-rangan, sedangkan semua itu akan diterima atau ditolak oleh kemaluan. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahih-nya (no.2657)

4. Sememangnya perkara tersebut adalah tangga pertama kepada apa yang lebih teruk. Kerana semua kita tahu amat jarang sekali kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang zina terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ringan-ringan akhirnya melangkah satu langkah satu langkah kepada yang paling berat.

Cukuplah bukti yang kita sendiri dapat melihat dengan mata kepala begitu banyak kes yang berlaku dalam masyarakat kita berpunca dari aplikasi whatsapp, facebook dan seumpamanya akhirnya berlaku keruntuhan rumah tangga, perceraian, berlakunya doza zina yang terkutuk yang mencemarkan kemuliaan insan, maruah sistem kekeluargaan, dan nasab dalam keturunan manusia. Perkara yang asalnya harus tetapi kerana nafsu bertukar menjadi haram kerana hilangnya rasa tanggungjawab dalam menghargai kebebasan yang Allah Taala amanahkan.

Kata syair arab :
Maksudnya: Bermula dengan pandangan, kemudian disusuli dengan senyuman, lalu disusuli dengan bertegur sapa, barulah berbicara, lalu berjanji akhirnya bertemu.

Semoga Allah Taala menyelamatkan kita dan keluarga kita.
Wallahua’lam.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *