Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Menahan Kentut Saat Shalat, Bagaimanakah Hukumnya?
Dalam Islam, tentu kita tahu bahawasanya jika buang angin atau flatus ketika solat itu membatalkan solat. Jadi bagaimana isu mengenai menahan flatus ketika solat?
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
KENTUT atau berdasarkan perubatan disebut flatus merupakan perkara yang tidak boleh dielakkan dari diri manusia. Sebab, kentut ini termasuk perkara rutin yang selalu sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita dan terkadang seseorang menganggap remeh mengenai hal ini.
Padahal, pada waktu-waktu tertentu adanya flatus dapat mengganggu ketenangan hidup kita terutama ketika sedang solat.
Ketika kita melaksanakan solat, terkadang flatus itu tiba-tiba muncul. Hingga, tak ramai dari kita yang menahannya untuk keluar. Dalam hal ini, kita seringkali merasa tidak selesa, dengan fikiran bahawa adakah solat yang kita kerjakan itu sah atau tidak. Lalu, bagaimana Islam memandang hal ini?
Dalam Islam, tentu kita tahu bahawasanya jika buang angin atau flatus ketika solat itu membatalkan solat. Jadi bagaimana isu mengenai menahan flatus ketika solat, majoriti jumhur ulama berpendapat jika menahan flatus itu hukumnya makruh.hukum tahan kentut, hukum kentut semasa solat, kentut semasa solat, tahan kentut semasa solat, hukum kentut, makhruh tahan kentut
Mengutip keterangan dari Ramdlan (2014) dari hasil Bahtsul Masil NU, jika persoalan manahan kentut di tengah solat tidak pernah dibicarakan secara langsung dalam hadis Rasulullah SAW.
Meski demikian, ditemukan hadis yang berkaitan dengan menahan keinginan untuk makan ketika makanan telah dihidangkan, menahan kencing atau buang air besar ketika dalam solat. Sesuai hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
“Tidak ada solat (tidak sempurna solat) di hadapan makanan, begitu juga tidak ada solat (tidak sempurna solat) sedang ia menahan air kencing dan air besar (al-akhbatsaani).”
Hadis tersebut menurut Imam Muhyiddin Syaraf An-Nawawi hukumnya makruh. Jika seseorang solat ketika makanan telah dihidangkan dan dia ingin memakannya, dan bagi orang yang menahan kencing dan buang air besar. Makruh ertinya tidak disukai oleh Allah SWT dan lebih baik ditinggalkan. Menahan flatus dihukumi makruh, sebab mengganggu fikiran dan menghilangkan khusyuk.
Berdasarkan keterangan itu, maka seseorang yang menahan flatus ketika solat hukumnya makruh sepanjang waktu solatnya masih ada. Sebab, menahan flatus dalam solat termasuk hal yang boleh merosak atau menghilangkan khusyuk.
Oleh sebab itu, jika kita ingin flatus ketika solat, maka lebih baik mengeluarkannya (sehingga batal solatnya), selagi waktu solat masih ada. Kemudian, segera berwudhu untuk melaksanakan solat semula. Jika waktu yang terbaki untuk solat sudah hampir tamat dan dikhuatiri masuk solat yang lain, maka anjuran yang disarankan adalah menahan flatus dan meneruskan solatnya. Wallahu ‘alam.