PERDANA MENTERI PANDU KERETA SENDIRI UNTUK MELIHAT APA TERJADI DI KUALA LUMPUR.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Perdana Menteri Pandu Kereta Sendiri Untuk Melihat Apa Terjadi Di Kuala Lumpur.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta

Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri.

Sebelum ini akhbar Sinar Harian ada membuat artkel tentang Tun Mahathir memandu kereta sendiri ke Pavillion, Kuala Lumpur. Berikut adalah artikelnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menghabiskan hampir 45 minit, untuk memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, bekas perdana menteri itu memandu dari rumahnya, untuk ke pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.
Pegawai terdekatnya memberitahu, Mahathir memandu ke Kuala Lumpur untuk beriadah.

“Hari ini Tun M berpeluang memandu Proton Perdana milik sendiri setelah bertahun menyumbang idea.

“Beliau ke sana untuk menikmati masa santainya, sambil-sambil minum kopi dan pusing Kuala Lumpur,” kepadanya Sinar Online.

Dalam perjalanannya hari ini, Mahathir ditemani oleh dua orang pembantunya.

Mahathir merupakan pencetus awal kepada penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton), ia ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.

Kini syarikat Proton menjadi kebanggaan negara, apabila berjaya menghasilkan beberapa model reka bentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara pada masa ini, majoritinya adalah di Asia.

SUMBER : SINAR HARIAN

MASIH LAGI MEMANDU SENDIRI


Dr Mahathir pandu kereta ke Pavilion

Walaupun sudah pun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi pandu kereta sendiri dan paling penting sekali kereta yang dipandu beliau adalah kereta Nasional jenama Proton.

PM pandu sendiri kereta ke KL

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri Proton Perdana bagi memantau perkembangan terkini di sekitar Kuala Lumpur, pagi tadi.

Video tersebut dimuat naik Firdaus Abdullah di Twitter.

Ada komen netizen berasa kagum dengan Mahathir yang berusia 93 tahun masih cekap memandu di lorong paling kanan.

SUMBER : MKINI Edited By Buletin Netizen

BERANI, SIAPA SEBENARNYA DATUK SERI AMAR SINGH ISHAR SINGH

Semua sedia maklum, penyiasatan yang dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang giat dijalankan. Pihak polis berjaya merampas 284 kotak berisik beg tangan jenama termasuk beberapa jumlah besar wang USD dan MYR.

Ramai memuji tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang bijak melakukan penyiasatan. Siapa sebenarnya beliau?

Hormat wartawan

Banyak mengendalikan kes berat yang utama

SIKAP PROFESIONAL SEORANG PEGAWAI POLIS BERNAMA AMAR SINGH ISHAR SINGH

SUSULAN daripada rampasan 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin di Pavilion Residence Apartments malam tadi.

Operasi itu diketuai sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Aku tertarik cara Amar mengendalikan sidang akhbarnya. Nampak betul beliau tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi daripada media tempatan dan antarabangsa. Masih memanggil para wartawan dengan gelaran ‘Tuan-Tuan’ sebagai tanda hormat walaupun ada je pegawai polis yang panggil wartawan dengan ‘kamu, korang, awak, you’ dan sebagainya

Berbalik pada operasi malam tadi, Amar sudah tentu akan dianggap hero kalau beliau DEDAHKAN siapa pemilik barangan yang dirampas itu. Berita malam tadi juga pasti akan lebih HANGAT kalau beliau dedahkan siapakah pemilik kondo mewah yang bergelar Tan Sri itu.

Namun Amar tahu, adalah tidak bijak untuk mendedahkan ‘segala-galanya’ kerana ini baru masuk peringkat awal siasatan dan beliau perlu adil pada semua pihak.

Ini kerana kalau ‘salah cakap’, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.

Pihak polis tak boleh menjalankan siasatan ikut emosi, ikut persepsi, ikut apa yang media atau rakyat nak, mereka kena berpaksi pada garis panduan undang-undang, tak lebih dan tak kurang.

Pada yang belum mengenali pegawai polis tinggi lampai ini, Amar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes utama termasuk yang menggemparkan negara antaranya melibatkan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand dan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.

Apapun kita kena tenang dan jangan kalut, biar Amar dan anggota pasukannya buat kerja mereka dulu.

Kena ingat, Ini bukan drama Gerak Khas, siasat pagi malam selesai.

Sumber:kisahkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *