4 Ciri-Ciri Bakal Isteri Yang Patut Lelaki Pilih.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kali ini kita akan mengupas ciri-ciri isteri pilihan. Artikel ini ditujukan kepada bakal suami tentang apakah ciri-ciri isteri yang patut dia pilih, juga kepada bakal suami yang sudah ada calon isteri, maka ciri-ciri apakah yang perlu disemai untuk calon isteri. Tidak ketinggalan kepada wanita atau bakal isteri, ciri-ciri apakah yang sepatutnya dia melengkapi dirinya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan:

‘Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.’ [al-Baqarah 2:221]

Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Lantaran itu yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita. Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Hal ini berlaku kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa, tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh, dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian. Rasulullah juga pernah bersabda:

‘Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.’
[Shahih al-Bukhari, no: 4700]

Kedua: Cantik.

Rasulullah pernah bersabda:
‘Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.’ [Shahih Muslim, no: 131]

Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda:

‘Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.’
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]

Maksud kecantikan di sini ialah apa-apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, atau pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama. Oleh itu, wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri atau sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman, dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbezabeza cita rasanya antara satu dengan yang lain.

Ketiga: Menyenangkan suami.

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab:
‘Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).’ [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]

Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya. Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.

Keempat: Pandai mendidik anak-anak.

Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda:
‘Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.’ [Shahih al-Bukhari, no: 4692]

Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanyakembali: ‘Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?’

Jangan Lepaskan Teman Wanita Anda Jika Dia Jenis Keras Kepala. Dia Merupakan Calon Isteri Terbaik.

Menghadapi seseorang yang keras kepala bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana ia tidak akan dengan mudah menyerah pada apa yang ia percayai dan inginkan. Ternyata seorang wanita yang keras kepala adalah calon isteri terbaik. Semak alasannya di sini.

1. Dia tahu apa yang diinginkan

Wanita keras kepala benar-benar tahu apa yang dia mahu dan mempunyai kemahuan besar untuk meraihnya. Ia tegas dengan apa yang dirasakannya dan apabila hal tersebut menyangkut pada orang-orang yang dicintainya, ia tidak akan muda menyerah. Jatuh cinta pada wanita keras kepala bermakna ia juga akan keras kepala dalam mencintai anda. Ia akan tetap mencintai anda dengan maksimum.

2. Dia dapat mengawal emosinya

Wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hal terbaik dari wanita keras kepala adalah ia dapat mengawal emosinya. Ia tahu betul apa yang membuatnya bersemangatdan akan berjuang mati- matian untuk terus mendapatkannya. Berkaitan dengan wanita keras kepala ertinya adalah anda akan merasakan pelbagai emosi, kerana wanita keras kepala adalah seorang yang sangat emosional, dalam cara yang positif.

3. Dia akan mendorong anda menjadi lebih baik

Kadang-kadang, orang lain lebih tahu yang terbaik untuk diri anda, berbanding diri anda sendiri. Ia akan berjuang untuk anda ketika ia tahu apa perkara yang baik untuk anda. Ia tidak kenal lelah ketika hal itu berkaitan dengan kesihatan, keselamatan, dan kebahagiaan anda. Ia tidak akan menyingkir dan membuat anda menghancurkan diri sendiri. Sebaliknya, ia akan menjadi salah satu orang yang terus mencari cara untuk mencintai anda dan membuat anda lebih mencintai diri sendiri.

4. Dia adalah seorang tabah

Seorang wanita bersifat keras kepala kerana ada alasannya. Mungkin kerana ia telah berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang, atau pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak mudah. Apa pun alasannya, ia keras kepala kerana suatu tujuan. Ia adalah seorang wanita yang kuat dan akan menjadi seorang tabah terhadap hal yang diinginkannya. Hal ini tidak hanya akan memberi inspirasi kepada anda, namun juga membuatnya menjadi pasangan yang hebat untuk anda.

5. Dia jelas

Wanita ini bukan jenis yang tunduk patuh. Ia bukan orang yang akan menurut kepada anda kerana takut, kasihan, atau lemah. Wanita ini mempunyai pilihannya sendiri dan menjaganya tetap jelas untuk anda. Apabila ia tidak sependapat dengan anda, ia akan mengatakannya kepada anda, dan ia akan memberikan anda sebuah kejujuran.
6. Dia akan membuat segala hal menjadi menarik

Ia adalah orang yang keras kepala, termasuk membuat beberapa konflik. Namun, siapa yang ingin jatuh cinta kepada orang yang selalu menurut? Tentu saja, tarikh dengan wanita keras kepala bermakna banyak perkara akan menjadi sukar, namun itulah seninya, ia membuat semua perkara kelihatan mengghairahkan, rumit, dan nyata.

7. Dia boleh berempati

Kadang-kadang, anda boleh berbalah, namun satu perkara tentang wanita keras kepala adalah ia sangat pandai dalam perbalahan. Kerana sifat keras kepalanya, ia dapat mengetahui cara untuk melihat di sudut pandang yang berbeza. Tentu saja, ia berlangsung pada perasaannya sendiri, namun bukan bermakna ia tidak akan mempertimbangkan perspektif anda. Ia mungkin tidak selalu bersetuju dengan anda, namun ia berlangsung pada apa yang dipercayainya, dan dunia anda akan berputar-putar. Inilah yang terpenting.

8. Dia percaya diri

Untuk menjadi orang yang keras kepala, anda harus merasa percaya diri terhadap apa yang anda percaya dan bertahan dengan hal tersebut. Dan seorang wanita dengan kepercayaan diri itu seksi.

9. Dia ghairah

Ia keras kepala dan emosional, yang bermakna ia mempunyai keinginan dan impiannya sendiri. Keinginan dan impian inilah yang membuat ghairah, termasuk anda. Ia bukanlah orang yang akan menyerahkan segala hal pada nasib. Ia akan berjuang untuk anda dan memberikan hubungan yang luar biasa.

10. Dia sangat peduli

Ia keras kepala untuk anda, bahkan ia akan membuat anda menjadi keutamaan utama. Ia akan tetap mencintai anda, bahkan ketika ia marah atau anda membuatnya kecewa. Dan kerana ia keras kepala, ia tidak akan berputus asa untuk anda.

Penafian iklan tajaan Google

11. Dia akan membuat anda gila, dalam erti positif

Seorang wanita keras kepala akan membuat anda kagum. Ia sering tidak sependapat, namun wanita ini akan mencintai anda sepenuh hati. Gila, bukan? Tidak ada salahnya untuk mencari seseorang yang akan membuat anda gila, dalam cara yang positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *