Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bahagian 1 dan 2 telah saya post pada bulan Mei 2015. Dalam bahagian ini saya menjelaskan pula kebenaran riwayat Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menceritakan bagaimana begitu ramai manusia akan jatuh dalam fitnah dajjal hingga hanya sedikit sahaja daripada umat ini yang terselamat sehingga bilangan pengikut Imam Mahdi nanti amat sedikit sekali pada permulaan dakwahnya.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kita kini benar-benar berada di zaman perselisihan yang besar. Orang awam pula kebanyakkan jahil mengenai ilmu agama dan ahli agama pula ramai yang mengutamakan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat. Hari ini kita juga dengar pelbagai tafsiran hadis mengenai isu-isu yang sedang berlaku hingga umat Islam tidak tahu yang mana satukah yang benar. Perkara ini semua telah dikhabarkan dalam riwayat hadis yang pembaca boleh mencari sendiri.
Setelah saya menemui tanda-tanda 2019 – 2059 dan saya mendapati banyak penjelasan yang dibuat oleh para ustaz itu bertentangan dengan penemuan saya dan mendapati sebahagian daripada penemuan saya itu benar-benar sedang berlaku maka saya semakin yakin dengan kebenaran hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai kejatuhan ramai golongan alim dan majoriti umat Islam dalam fitnah dajjal. Ya hanya sedikit sahaja yang akan terselamat nanti. Moga kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu.
Golongan yang pertama yang jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang sekarang ini begitu yakin Nabi Isa a.s akan turun beberapa tahun saja lagi kerana mereka ini benar-benar telah tertipu dengan sandiwara peperangan di Syria yang dirancang oleh Amerika (lluminati dan Freemason) yang dibimbing syaitan dalam menyiapkan umat ini untuk menerima dajjal sebagai Al Masih Isa ibnu Maryam. Untuk memahami dajjal kita kena memahami ajaran mengenai dajjal dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian kerana dajjal mempunyai kaitan dengan ketiga-tiganya. INSYAALLAH tidak lama lagi saya akan jelaskan dengan lebih terperinci lagi mengenai perkara ini.
Golongan kedua yang akan jatuh dalam kesesatan adalah golongan yang yakin bahawa yang datang beberapa tahun lagi itu adalah Imam Mahdi. Seperti yang saya katakan dajjal mendakwa dirinya Al Masih (penyelamat) dan perkataan ini membuatkan orang berteka teki adakah dia Imam Mahdi atau Al Masih Isa ibnu Maryam dengan cara itu maka dia dapat memenangi hati ramai pihak. Ini berdasarkan petunjuk daripada riwayat hadis yang mana dajjal mendakwa dirinya Al Masih dan selepas beberapa ketika mengangkat dirinya sebagai Nabi dan sesudah itu mendakwa dirinya sebagai Tuhan.
Golongan ketiga yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang mempercayai dia adalah dajjal akhir yang mana tempohnya adalah 40 hari, lalu selepas tempoh tersebut mereka turut mengikutinya dan menyangka dia adalah Al Masih Isa ibnu Maryam kerana Nabi Isa a.s yang ditunggu tidak turun membunuhnya.
Golongan keempat yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang percaya dia adalah dajjal kecil tapi tidak percaya bahawa dia boleh masuk Mekah dan Madinah. Apabila dia dapat masuk Mekah dan Madinah maka golongan ini juga akan jatuh dalam fitnahnya.
Golongan kelima yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang percaya bahawa dia adalah dajjal kecil dan mandul, golongan ini pun akan turut mengikutinya jika dia berkahwian dan memiliki anak.
Golongan keenam yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang percaya bahawa dajjal itu satu mata sahaja. Golongan ini antara yang paling awal jatuh kerana dia tidak kelihatan begitu dan hadis mengenai dajjal tidak bermaksud begitu.
Golongan ketujuh yang akan jatuh dalam kesesatannya ialah golongan yang beranggapan dajjal itu semasa kedatangannya matanya tertutup sebelah. Diriwayatkan dalam hadis matanya akan tertutup sebelah setelah dia mengaku dirinya Tuhan dan bukan semasa awal kemunculannya.
Golongan kelapan yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang menyangka dajjal akan terus mengaku dirinya Tuhan semasa kemunculannya. Hal ini seperti yang telah dijelaskan dalam perenggan di atas.
Golongan kesembilan yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang menyangka bahawa dajjal akan menentang Islam sebaliknya dia akan membenarkan Islam dan membenarkan Rasulullah s.a.w tetapi sesudah ketaksuban diletakkan kepadanya maka dia akan mengubah sedikit demi sedikit hingga merosakkan ajaran Islam dan umat Islam menyembahnya.
Golongan kesepuluh yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang menerima pakai kalendar palsunya dan menolak kalendar 17 hari kegelapan.
Golongan kesebelas yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang percaya bahawa keputusan jumhur ulama adalah keputusan yang benar selepas beberapa tahun awal kemunculan dajjal. Mereka tidak menyedari bahawa di zaman itu jumhur ulama adalah salah dan golongan ulama yang sedikit itulah yang benar.
Golongan kedua belas yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang taksub dengan ulama tertentu dan apabila ulama kesukaannya juga telah mengikuti dajjal maka dia terus mempercayai dajjal bukanlah dajjal. Mereka tidak boleh menerima hakikat ulama yang mengikutinya itu adalah ulama suq (ulama jahat) kerana selama ini nampak baik, alim dan warak.
Golongan ketiga belas yang akan jatuh dalam kesesatannya adalah golongan yang mengkafirkan orang yang tidak mahu beriman dengan dajjal.
Golongan yang terselamat adalah golongan yang beriman, beramal beramal soleh dengan ikhlas, sabar, merendah diri, menghidupkan sunnah, berada dalam jamaah, sentiasa mengamalkan surah kahfi, memahami ilmu-ilmu agama dengan cara pemahaman yang betul dan berusaha untuk keselamatan iman orang lain juga. Itulah golongan yang mana INSYAALLAH akan terpelihara daripada fitnah dajjal meskipun mereka ini dikalangan orang biasa yang tidak dikenali dan tidak dihormati. WALLAHU A’LAM, Wassalam.
Sumber:https: abdulkhalid.abdulaziz
Disediakan oleh: myinfomaya.com