Pergi Kencing Di ‘RNR’. Sedar Tertinggal Rakan Selepas 100km. Kesian,Apa Jadi Pada Beliau Selepas Itu Mengejutkan Rakan-rakannya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pada 22 Januari lalu, sekumpulan rakan lelaki yang sedang membuat perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan telah memutuskan untuk berhenti berehat di R&R Simpang Pulai, Perak.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Setelah berehat untuk beberapa waktu, mereka meneruskan perjalanan namun tanpa mereka sedari, salah seorang rakan mereka telah ditinggalkan di R&R tersebut.

Kejadian yang melucukan ini telah dikongsikan di Facebook oleh Khairul Amali dan hanya dalam tempoh empat hari sahaja, kisah ini mendapat lebih daripada 8,500 perkongsian!

“Kes paling rare (luar biasa) dalam sejarah Tanah Malaya!!!.. Tertinggal kawan kami Mohd Shaheed di RnR Simpang Pulai.. Tanpa bekalan, tanpa duit, tanpa telefon.. Wakakakaka… 100km away baru perasan… kah kah kah kah kah…”.

Dikatakan, mereka langsung tidak menyedari akan ‘kehilangan’ Shaheed sehinggalah salah seorang daripada mereka dihubungi oleh isteri Shaheed yang memaklumkan mengenai peristiwa itu.

Pergi Kencing Di 'RNR'. Tersedar Tertinggal Rakan Selepas 100km

Facebook

Nampaknya, Shaheed telah meminjam telefon seseorang untuk menghubungi isterinya bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Pergi Kencing Di 'RNR'. Tersedar Tertinggal Rakan Selepas 100km

Facebook

Khairul turut sempat kongsikan cetakan skrin yang menunjukkan perbualan mereka dengan isteri Shaheed. Berdasarkan kepada perbualan tersebut, mereka ternyata langsung tidak menyedari bahawa mereka telah meninggalkan Shaheed.

Setelah membuat perjalanan hampir 100km dari Simpang Pulai, baru mereka sedari akan insiden itu dan memutuskan untuk berpatah semula bagi mengambil rakan mereka.

Menurut Khairul lagi, sepanjang perjalanan dari Grik ke Ipoh, Shaheed hanya tidur sahaja. Jadi, mereka langsung tidak menyedari pada waktu bila Shaheed keluar dari kenderaan semasa mereka berhenti di stesen rehat itu.

Pergi Kencing Di 'RNR'. Tersedar Tertinggal Rakan Selepas 100km

Facebook

Masa selama 45 minit diambil untuk mereka kembali semula ke R&R Simpang Pulai dan menjemput Shaheed. Mereka turut sempat merekodkan video sebaik sahaja menghampiri stesen minyak bagi melihat sendiri gelagat Shaheed setelah melihat rakan-rakannya kembali.

Seperti yang dijangkakan, sebaik sahaja Shaheed melihat rakan-rakannya datang ke stesen tersebut, Shaheed telah memberikan reaksi ‘terbaik’ sebagai tanda ‘terima kasih’ kepada rakan-rakan kerana meninggalkannya.

Pergi Kencing Di 'RNR'. Tersedar Tertinggal Rakan Selepas 100km

Facebook

Lihat video menarik ini. Mungkin video ini boleh diberikan tajuk “Mencari Shaheed”.

Sumber: Khairul Amali

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Kredit: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *