Sunnah Suami Isteri Digalakkan Mandi Bersama, Jangan Malu Kerana Ini Sunnah & Cara Romantis Supaya Hubungan Lebih Erat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Apabila setiap pasangan telah menjadi suami isteri yang sah jangan malu untuk nak mandi bersama. Sama ada baru saja berkahwin atau sudah bertahun lamanya hidup bersama, itu semua bukan alasan untuk mandi bersama-sama kerana ianya juga dituntut oleh Islam.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sekiranya anda dan pasangan belum pernah mandi bersama selama ini, mulai sekarang bolehlah mulakannya. Ketika bersama mandi anda pasti akan saling gosok-mengosok, jirus menjirus dan seterusnya, ianya sesuai dijadikan amalan yang akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Tapi, mengapa suami isteri harus mandi manda bersama? Sebenarnya, amalan ini adalah merupakan Sunnah Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Banyak kebaikannya apabila suami isteri mengamalkan perkara ini seperti yang disarankan oleh Rasul.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

“Daripada Aisyah R.A berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian. Bukan itu sahaja, suami isteri juga banyak dapat banyak manfaat bila mandi bersama-sama ni.

Berikut antara kelebihan suami isteri mandi bersama;

Bukan sahaja mandi semata-mata tetapi suami dan isteri juga boleh menikmati masa yang berkualiti itu ketika bersama.

1. Eratkan Hubungan

Mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi rasa kasih sayang suami isteri. Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti yang meningkatkan kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.

Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498).

2. Waktu Romantis Bersenda Gurau

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda dan berseronok. Rasulullah (SAW) sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

3. Mampu Redakan Stress

Mandi bersama ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang mampu menghilangkan stress. Ia mampu memberi ketenangan dan kegembiraan buat suami isteri.

4. Tingkatkan Keyakinan Diri

Saling bersentuhan ketika mandi bersama, menerima setiap kelebihan dan kekurangan tubuh pasangan mampu meningkatkan lagi keyakinan diri suami isteri. Bahkan ia akan mewujudkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami.

5. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Ketika mandi bersama, denyutan jantung akan bergerak lebih pantas sekaligus ia merupakan ‘senaman’ yang mampu menyihatkan jantung buat anda suami isteri.

6. Pembersihan Diri Optimum

Mandi bersama dapat membersihkan tubuh diri dan pasangan secara optimum. Contohnya menggosok sel-sel kulit mati pada bahagian belakang badan yang selama ini sukar dilakukan jika mandi sendirian.

7. Pemicu ghairah ‘Bercinta’

Jika selama ini, hubungan intim suami isteri rasa hambar & lokasi ‘bercinta’ yang hanya tertumpu di dalam bilik, sesekali ciptalah kelainan berasmara dengan mandi bersama-sama. Percayalah ia mampu mencetuskan semula ghairah ‘bercinta’ dan meningkatkan hormon adrenalin anda untuk bersama!

Buat pasangan suami isteri janganlah malu melakukan amalan sunnah ini. Selain mendapat pahala ia mampu menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih sayang buat pasangan!

Sumber: Mingguan Wanita

Sumber:mediamaklumat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *